Menghapuskan kuasa pemain dikatakan antara agenda utama Ten Hag ketika ditemuduga oleh Manchester United.
Ten Hag mahu pemain sentiasa ingat di mana kedudukan mereka. Tiada pemain lebih besar daripada pasukan. Dan pada masa yang sama, tiada pemain lebih besar daripada pengurus.
Kegilaan kuasa pemain di Man United pernah menemui kemuncaknya apabila Jose Mourinho dipecat ketika konflik dengan Paul Pogba.
Kuasa pemain dan Manchester United
Ini kerana Man United memutuskan untuk berpihak kepada Pogba berbanding pengurus. Oleh sebab itulah Van Gaal melabel Man United kelab komersial. Mereka menilai Pogba ada nilai di pasaran perpindahan berbanding seorang pengurus.
Mourinho dianggap telah membuatkan Pogba bakal mendesak untuk keluar dan United tidak akan mendapat harga yang tinggi.
Pogba dianggap pemain kesayangan Ed Woodward kerana nilai komersial pemain itu. Dan seringkali membiarkan sahaja ejen Pogba mengutuk kelab. Antaranya, Raiola pernah menuduh Manchester United sebagai punca pemain itu tidak akan menjadi pemain elit. Malah Raiola menyatakan letak Pele dan Maradona ketika mereka prime pun, akan hancur kalau di United.
Mourinho kemudian digantikan oleh Ole Gunnar Solskjaer yang seringkali dipanggil sebagai cikgu PJ oleh segelintir pemain yang tidak cukup menghormati pengurus mereka.
Lebih teruk, pada era Rangnick ada pemain yang memperlekehkan Rangnick sebagai old skool atau kolot kerana pengurusan latihannya yang tegas. Selain itu ada pemain yang bergurau mempersendakan pembantu Ralf Rangnick, Chris Armas sebagai Ted Lasso. Perkara itu diketahui oleh Gary Neville sendiri daripada sumber dalaman kelab.
🗣 "I didn't find it funny at all, I thought it was disrespectful, disgusting in fact. It summed up what I think of them."@GNev2 on the Manchester United leaks which revealed players likening the clubs American assistant Chris Armas to Ted Lasso. pic.twitter.com/exSqFjFtuv
— Football Daily (@footballdaily) February 14, 2022
MEN sedar bahawa apa yang cuba dilakukan oleh Ten Hag ini bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana sebab ini Manchester United beberapa kali memihak kepada pemain mereka berbanding pengurus.
Ole Gunnar Solskjaer tidak selesa dengan komen Raiola dan meminta ejen itu jangan terlalu banyak songeh. Perkara itu membuatkan Raiola terus mengamuk dan mengancam tidak mahu berunding kontrak baharu untuk Pogba serta tak mahu membawa masuk pemain di bawah jagaannya ke United lagi.
Selain itu beberapa pemain seperti Martial dan Greenwood juga dikatakan mulai buat perangai pada era Rangnick.
Greenwood mulai ada masalah disiplin kerap datang lewat ke latihan. Martial pula mendesak untuk berpindah.
Sikap berlemah lembut Ole Gunnar Solskjaer juga dikatakan antara sebab beliau disenangi pemain yang selesa dengan kuasa pemain ada pada mereka.
Marcus Rashford baru baru ini dikatakan tidak gembira dengan Rangnick kerana kurang minit perlawanan dan mendesak untuk tidak melanjutkan kontraknya.
Cristiano Ronaldo antara pemain senior yang tidak selesa dengan perangai diva beberapa pemain muda United dan pernah meluahkan kritikan terbuka.
Baru baru ini Jesse Lingard cuba menggunakan kuasa pemainnya dengan mengkritik kelab kerana tak menurunkannya dalam perlawanan terakhirnya di Old Trafford sebelum kontrak tamat. Perkara itu turut dibangkitkan abangnya.
Lingard mahu bermain walaupun sebelum itu dia meminta untuk dikecualikan daripada latihan pasukan.
Ten Hag tendang pemain besar kepala
Ketika mengendalikan Ajax, Ten Hag sangat bencikan pemain yang besar kepala.
Ada satu kes di mana pemain muda yang dianggap prospek dengan potensi besar, Noa Lang cuba melawan cakapnya dan bersikap biadap.
Ten Hag kelihatan bengang dan meminta pemain itu diam dan jalankan sahaja tugas dia di dalam padang.
Ketika itu pemain pemain Ajax dikatakan sudah tahu bahawa Noa Lang dalam masalah besar.
Noa Lang menjadi pemain penting Ajax musim tersebut pada musim 2019/20 dengan 9 gol dan 3 assist. Dia sempat mencetak hatrik dalam debutnya dalam aksi liga Belanda. Pemain Ajax pertama melakukan hatrik dalam debut sejak kali terakhir pada 60 tahun lalu.
📸 – Erik ten Hag with youngster Noa Lang, who most likely will play vs Valencia tomorrow with both Promes & Neres out injured. pic.twitter.com/12EpnUU4U0
— 𝐀𝐅𝐂 𝐀𝐉𝐀𝐗 💎 (@TheEuropeanLad) December 9, 2019
Oleh kerana statistiknya yang luar biasa itu, Lang merasakan dia tak perlu untuk turun bertahan. Kerana kekuatannya adalah di serangan.
Ketika itu, Ajax mendahului 2-0. Dan Ten Hag meminta Noa Lang agar lebih ke bawah dan melakukan track back.
Dia memberitahu pemain itu dari tepi padang: “Noah, kamu harus lebih ke bawah dan track back.”
Namun pemain itu melawannya.
Ten Hag naik hantu dan berkata: “Tutup mulut kau tu dan dengar apa aku cakap!”
Ten Hag benar benar marah dengan pemain tersebut. Kerana dia sudah mulai berlagak sebagai star. Sebenarnya perkara itu sudah dikesan Ten Hag dalam beberapa perlawanan terakhir. Lang termakan pujian media dan peminat.
Ten Hag tak bagi peluang dia terus menjerit: “Kau harus buat [kerja track back], tak tak [Ten Hag cuba mematikan Lang daripada terus bercakap], diam dan tutup mulut kamu.”
“Ini permainan pasukan kita, bukan permainan kamu seorang.”
Lang dilihat meludah ke arah Ten Hag. Saksikan detik itu di sini:
Erik ten Hag wasn't happy with Noa Lang's attitude in a cup match for Ajax.
He was loaned out a month later. pic.twitter.com/eo2MHgdD20
— ESPN FC (@ESPNFC) April 26, 2022
Difahamkan ketika itu Lang tidak mendengar arahan daripada Dusan Tadic yang merupakan ketua pasukan. Ten Hag biasanya menyerahkan arahan taktikal kepada Tadic. Ataupun memberikan kepercayaan kepada pemain itu membuat keputusan di atas padang pada situasi yang perlu.
Context: Lang apparently wasn't listening to what Dusan Tadic (captain) was telling him to do…🤔
— RaatjeFC | Career Mode Tips (@RaatjeFC) December 18, 2019
Keegoan Noah Lang pada masa itu jelas kelihatan. Mungkin kerana dia memikirkan dia adalah bintang pujaan peminat?
Akibat daripada tindakan Lang itu, Ten Hag terus meminta Edwin Van Der Sarr mengeluarkan Lang daripada pasukan. Lalu Ajax meletakkan nama Lang dalam senarai untuk dibida kelab lain. Ketika itu, masih lagi Oktober. Namun Ten Hag sudah pangkah nama Lang daripada skuadnya.
Twente hadir dengan tawaran mereka untuk meminjam Lang. Dan pemain itu terus dipinjamkan segera pada Januari 2020. Ten Hag memutuskan untuk mendapatkan Ryan Babel untuk mengisi posisi Lang bagi jangka pendek.
Ketika di Twente, Lang cemerlang menjaringkan 7 gol dan 1 assist. Namun itu tidak mengubah pendirian Ten Hag. Malah Ten Hag meminta Van Der Sar menerima bidaan terbaik daripada kelab lain untuk pemain itu.
Pada musim 2020/21, Lang menyertai Brugge secara pinjaman semusim dan kemudian menyertai mereka secara tetap untuk musim 2021/22.
Beberapa bulan lalu, Lang menyatakan kekecewaannya dengan layanan Ten Hag kepadanya. Dia beraksi cemerlang bersama Club Brugge namun hatinya masih di Ajax, kelab yang dia sokong dari kecil.
Lang: Di Ajax cuma Ten Hag tak suka saya
Bercakap kepada De Telegraaf, Lang mengakui keputusan berpindah ke Club Brugge adalah keputusan terbaik untuknya.
Namun dia tetap mengkritik Ten Hag yang menurutnya sudah mungkir janji dengannya, itu yang membuatkan dia mulai tidak sehaluan dengan Ten Hag.
Lang mendedahkan bahawa Erik Ten Hag pernah berjanji bahawa Noa Lang akan menjadi aset penting dalam pembentukan pasukannya.
“Coach cakap, saya akan memainkan peranan penting dalam pasukannya. Namun saya rasa lega sebab tak membabi buta mempercayainya dan tidak menandatangani kontrak 3 tahun yang dia tawarkan.”
“3 perlawanan pertama, saya cuma main 7 minit. Dan saya tahu, cukuplah, saya tahu saya harus pergi demi pembangunan karier saya.”
Pada ketika itulah Lang mulai tidak kuasa untuk mendengar arahan daripada Ten Hag.
Lang turut menyatakan dia menyesal dengan kelakuannya ke atas Ten Hag dalam perlawanan di mana Ten Hag menyuruhnya tutup mulut.
Dia menyatakan dia memang dah bengang dengan Ten Hag pada masa itu kerana tidak menurunkannya lebih kerap.
“Kalau kamu nak tahu, ianya keputusan paling sukar saya buat [untuk tinggalkan Ajax].”
INTERVIEW Noa Lang voelde zich thuis bij Ajax, maar werd voor zijn gevoel naar de uitgang gedreven: „Na vertrek meerdere keren gehuild.” https://t.co/KmnMJghcsR
— Telesport Voetbal (@televoetbal) January 15, 2021
“Saya terasa seperti di rumah sendiri di Ajax, terpaksa untuk meninggalkan rumah itu.”
“Tetapi pemergian saya bukannya salah Ajax. Saya ada detik saya sendiri yang bodoh. Ya, saya tak berkelakuan sepatutnya. Jadi, itu juga salah besar daripada saya.”
Bercakap tentang hubungannya dengan Ten Hag, Lang berkata: “Jelas sekali ada perkara tak kena antara saya dan coach. Semua orang sayangkan saya di Ajax, kecuali dia seorang.”
“Ramai orang fikir saya ni kelakar, si kecil yang ceria dan boleh bermain bola sepak dengan sangat baik.”
“Namun tak semua orang menyukainya. Itulah masa saya memikirkan bahawa, berpindah adalah solusi terbaik. Saya tiada dalam perancangan coach lagi pada masa tu.”
“Saya berharap ianya cuma perjanjian pinjaman ke kelab lain [selepas insiden dengan Ten Hag]. Namun dia ketika itu sangat marah dengan saya dan mahu menjual saya terus.”
“Saya tak salahkan pengurusan kelab, tetapi ini semua kerana jurulatih itu dah ada keputusan dia sendiri.”
Basically I support Erik ten Hag. Overall he is a good coach and it's difficult to replace him with somebody else. But his treatment of some players is sometimes just unbearable. Noa Lang was forced to leave the club permanently despite his will to spend a year on loan. pic.twitter.com/tCafJyO5Ta
— Tokyo Ajacied (@AFCAjax_jpn) December 29, 2020
Adakah dia sudah bercakap dengan Ten Hag?
“Tak, saya tak pernah sekali pun berhubung atau bercakap dengan dia lagi. Lembaran baharu sudah bermula dan saya akan pastikan saya berjaya.”
Sepanjang bersama dengan Ajax, Ten Hag telah berjaya mengembalikan semula Ajax menjadi kuasa utama bola sepak Belanda. Perkara yang mereka hilang sebelum ini.
Falsafah taktikalnya yang jelas membuatkan dia berjaya memenangi 2 Eredivisie 2 Piala Belanda. Dan musim ini Ten Hag berpeluang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Ajax dengan 1 lagi Eredivisie.
Adakah Erik Ten Hag akan mendapat kuasa pengurus seperti mana dia dapat di Ajax? Terutama sekali ketika dia menguruskan pemain bintang serta pemain muda dari akademi Man United yang dianggap prospek bintang?
Essentially, the player-power era (four years, zero trophies) is finally ending at #mufc. A betrayal of the club's ethos it ever came to that. Dressing room reservations over Ten Hag another reason to go for him https://t.co/wYNUVfhasp
— Samuel Luckhurst (@samuelluckhurst) April 13, 2022
Salah satu resipi kejayaan Sir Alex Ferguson dahulu adalah para pemain tidak ada kuasa lebih besar dari pengurus. Apabila ada pemain yang egonya mulai naik kepala, Alex Ferguson akan menjual mereka tanpa sebarang halangan. Contohnya Ruud Van Nistlerooy dan David Beckham yang dianggap SAF sebagai mulai mahu menjadi pemain bola sepak merangkap selebriti.