Detik Totti Ajar Budak Yang Memalukannya Dengan Showboating Ini Cara Main Senang Dan Efektif

Sukar untuk kita melihat seorang lagi ‘Francesco Totti’ lagi dalam bola sepak. Pemain yang sangat setia dan sangat tenang di atas padang.

Dilahirkan di ibu negara Itali, Totti menyertai barisan remaja AS Roma pada usia 13 tahun sebelum membuat penampilan sulung profesionalnya hanya tiga tahun kemudian.

Pemain yang dikenali dengan peranan false 9 dan trequartista legenda itu kemudiannya menghabiskan keseluruhan karier profesionalnya selama 25 tahun bersama Giallorossi.

Dia merupakan salah seorang pemain satu kelab terbaik dalam bola sepak, Totti bermain 786 perlawanan untuk Roma, menjaringkan 307 gol.

Dia memenangi satu gelaran Serie A, dua Coppa Italia dan dua gelaran Supercoppa Italiana pada masa itu. Selain itu dia juga menjulang Piala Dunia bersama Itali pada 2006.

Totti menutup tirai kerjayanya yang luar biasa pada 2017, berusia 40 tahun, dan tidak lagi bekerja dalam bola sepak.

Dia pada mulanya bekerja sebagai pengarah di Roma selepas menggantung but tetapi meletak jawatan pada Jun 2019 selepas hubungannya dengan presiden kelab James Pallotta tak ngam.

Selepas bersara Totti banyak terlibat dalam perlawanan amal dan juga aksi futsal.

Dan ada satu detik yang evergreen di mana Totti menyekolahkan secara halus anak muda yang cuba mengaibkannya dengan skil showboating.

Pemain mua itu melakukan rainbow flick melepasi Totti. Di mana Totti hanya melihat telatah anak muda tersebut.

Pemain muda itu kemudian melakukan beberapa siri skil rumit sebelum melakukan percubaan lemah. Pasukan Totti kemudian menyerang balas.

Dan bola dihantar kepadanya, dengan sekelip mata Totti sudah melakukan scanning kedudukan penjaga gol yang berada jauh dari gawangnya. Tanpa banyak skil, atau gentel yang tergelek gelek, Raja Rom itu melakukan sungkitan dengan first time shot yang terus menerjah gawang.

Totti mengajar bahawa bola sepak atau futsal itu adalah sukan yang memerlukan kepantasan. Pantas tak semestinya skil kaki pantas. Tetapi tindakan dan keupayaan membaca lawan.

Ketepatan dan ketajaman Totti sangat luar biasa.

Dan ianya sangat efektif membuatkan penyokong bersorak. Saksikan di sini:

Baca yang lain