Detik Tukang Urut Kelab Melakukan Double Saves Kerana Cinta Kepada Kelabnya

Tukang urut aparecidense Romildo da Silva memutuskan untuk mengambil keputusan sendiri bagi menyelamatkan bola daripada masuk.

Pada 2013, satu insiden kontroversi sehingga masuk mahkamah sukan telah berlaku di Brazil.

Aparecidense bermain menentang Tupi dalam perlawanan play-off promosi divisyen 4 dan perlawanan berakhir dengan keputusan seri 2-2, bermakna Aparecidense akan mara mengikut peraturan gol di tempat lawan.

Tupi kemudiannya mendapat peluang keemasan untuk mendahului. Ketika penjaga gol mereka sudah tidak berdaya.

Namun seorang staf kelab bernama Romildo Fonseca da Silva yang merupakan tukang urut, telah menyelamatkan bola dengan memasuki padang lalu menghentikan bola dengan kakinya dan kemudiannya melakukan satu lagi save dengan kakinya.

Dia kemudian terus melarikan diri dari tempat kejadian selepas melakukan double save di atas garisan itu. Dengan pemain lawan mengejarnya kerana tidak berpuas hati.

Kes itu dirujuk kepada  Mahkamah Keadilan Sukan di Brazil. Romildo Fonseca da Silva dijatuhi hukuman berat di atas tindakannya itu kerana bercanggah dengan etika semangat kesukanan.

Perlawanan tersebut telah diiktiraf batal dan kemenangan 3-1 diberikan kepada Tupi untuk mara ke divisyen 4. Ini bermakna tindakan Da Silva itu secara tak langsung telah membuatkan kelabnya disingkirkan kerana keputusan tersebut.

Romildo Fonseca da Silva menyatakan bahawa dia terlalu sayangkan kelab itu. Sehingga hilang akal warasnya dan melakukan perkara seperti itu.

Dia menegaskan bahawa dalam hatinya bertanya, apa yang dia patut lakukan dalam situasi itu, adakah dia hanya mahu melihat sahaja? Atau cuba melakukan sesuatu.

Dia memberitahu wartawan: “Ia adalah satu-satunya peluang kami. Jika saya tidak melakukannya, Aparecidense akan tersingkir,” kata tukang urut pasukan Romildo Fonseca da Silva ketika itu.

“Saya tidak menyesal kerana saya melakukannya kerana cintakan kelab.”

Akibat dia langsung tidak menunjukkan kekesalan atau rasa bersalah, mahkamah mengenakan dia denda sekitar RM550 dan dia digantung daripada semua aktiviti bola sepak selama 24 bulan.