DEWA 19: Kumpulan Legenda Pimpinan Ahmad Dhani

Dewa adalah kumpulan yang sinonim dengan Ahmad Dhani. Siapa tak kenal kepada Ahmad Dhani. Si genius muzik yang kadangkala buatkan ramai sakit hati dengan egonya.

Baiklah. Menjawab persoalan adakah Ahmad Dhani terlalu taksub dengan dirinya sehinggakan menubuhkan kumpulan bernama Dewa? Sebenarnya tidak.

AWAL PENUBUHAN

Nama Dewa itu adalah gabungan nama Dhani, Erwin Prasetya, Wawan dan Andra. Jadilah DEWA. Maka, tiada kaitan Dewa dengan usaha mereka menjadikan mereka dewa yang disembah seperti yang pernah dibangkitkan oleh beberapa pengkritik.

Mereka berempat menubuhkan kumpulan ini pada 1986. ketika itu mereka masih menuntut di SMP. Pada awal penubuhan mereka, Dewa adalah kumpulan yang berkonsepkan Pop.

Namun selepas itu, kemasukan Erwin ke dalam kumpulan ini telah mengubah mereka kepada kumpulan Jazz.

Wawan pula adalah rockers sejati. Dan beliau memutuskan untuk keluar daripada Dewa pada 1988 menyertai kumpulan Outsider yang dipimpin Ari Lasso.

Pada ketika itu, nama Dewa terus mati kerana Dhani enggan dikaitkan dengan Wawan lagi dan mereka menukarkan nama kepada Down Beat yang memang nama jazz. Salman masuk menggantikan Wawan.

Dewa terlalu unggul untuk sebuah kumpulan yang bergerak amateur dan banyak menyertai pertandingan kugiran serta festival muzk. Mereka hampir menang kesemua pertandingan yang mereka sertai ketika itu.

Namun begitu, Ahmad Dhani merasakan mereka sukar menarik lebih banyak perhatian. Kumpulan seperti Slank yang berkonsepkan rock telah berjaya menjadi kuasa baru di Indonesia.

Ahmad Dhani memikirkan, mereka miliki kekuatan yang sama mungkin lebih baik daripada Slank sekiranya memainkan muzik bergenre rock. Lalu, Ahmad Dhani memanggil semula Wawan.

DEWA 19

Dengar sahaja Ahmad Dhani nak ke arah rock, walaupun ia lebih kepada pop rock, Wawan terus setuju. Maka, Down Beat ditamatkan riwayatnya dan digantikan dengan nama Dewa 19. Ari Lasso turut diserap masuk ke dalam kumpulan mereka.

Kenapa Dewa 19?

Adakah kerana Dhani ada agenda tersembunyi?

Sebenarnya, nama Dewa 19 itu wujud sebagai revival kepada Dewa yang dahulunya kecelaruan identiti.

Dalam kumpulan mereka ketika itu, rata-rata mereka berusia 19 tahun. Sebab itulah nama Dewa 19 digunakan.

Dewa 19 adalah testimoni kepada versatiliti di dalam adunan muzik Ahmad Dhani dan rakan-rakannya. Mereka boleh bermain apa sahaja jenis muzik. Pop, rock, ballads dan juga jazz. Dangdut pun bisa aja.

Cuba kau orang dengar adunan lagu ini:

Di atas pentas, Dewa 19 sangat unik, mereka boleh sahaja bertukar-tukar posisi sesama mereka. Ketika itu, mereka dilihat sebagai kumpulan muzik muda paling berbakat.

Mereka berjaya mendapatkan dana daripada rakan mereka sendiri untuk merakamkan album studio untuk pasaran Indonesia.

KEGIGIHAN AHMAD DHANI DAN SAHABATNYA

Selepas berbincang, mereka pun pergi ke Jakarta dari Surabaya. Di Surabaya, ketika itu tiada studio rakaman. Di Jakarta, anak-anak muda ini gagal mendapatkan studio yang mahu menaungi mereka. Lalu, mereka memutuskan untuk kembali ke Surabaya.

Hanya Ahmad Dhani yang tinggal di Jakarta menggunakan wang yang ada untuk mencari syarikat yang mahu mengambil mereka.

Banyak studio telah mereka hantar demo tape. Namun mereka menolak untuk menerbitkan album kerana lagu-lagu mereka dianggap tidak ada potensi untuk menarik perhatian pendengar.

MEMASUKI PASARAN ARUS PERDANA

Akhirnya Ahmad Dhani berjaya meyakinkan Team Records untuk merakamkan album mereka. Lalu mereka menerbitkan album pertama mereka yang self-titled, Dewa 19.

Album ini mencetuskan fenomena. Ia menjadi kegilaan penggemar muzik ketika itu.

Lagu Kangen telah menjadi top song pada tahun tersebut. Bahkan legenda seperti Chrisye sendiri selalu membawakan lagu ini di persembahan mereka. Malah pernah merakamkan versi beliau sendiri.

Akibat terlalu banyak permintaan di pasaran, Team Records yang merupakan studio kecil tidak mampu menampung urusan penerbitan album secara efisien. Mereka meminta syarikat Aquarius Musik Indo untuk mengambil alih.

Selain daripada lagu Kangen, lagu Kita Tidak Sedang Bercinta Lagi juga meluncur lancar di carta muzik Indonesia. Mereka menang Anugerah Pendatang Baru Terbaik di BASF Awards dan album Dewa 19 diiktiraf album terlaris pada 1993.

Sememangnya luar biasa!

FORMAT MASA 1994

Tanpa berlengah, Dewa 19 terus mengeluarkan album Format Masa Depan pada 1994. Wawan sekali lagi bermasalah dengan Ahmad Dhani dan digantikan dengan Rere. Antara lagu ngetop dalam album ini ialah Aku Milikmu dan Tak Akan Ada Cinta Yang Lain.

2 album pertama mereka berjaya memenangi hati peminat Indonesia, malah turut memasuki pasaran di Malaysia walaupun ketika itu scene muzik Indo di Malaysia tidak sehebat selepas era Sheila On 7.

Pada 1995, Dewa 19 menerbitkan Album Terbaik Terbaik. Ahmad Dhani memasukkan elemen jazz, folk, funk dan ballads di dalam album ini.

Bagi pengikut Dewa 19, ini antara album terbaik Dewa kerana ia adalah jiwa kepada kumpulan Dewa 19. Ia mengukuhkan nama Dewa 19 di Indonesia. Mereka menjadi kumpulan yang menujukan keserbabolehan mereka serta kreatif.

Lagu Cukup Siti Nurbaya, Satu Hati (Kita Semestinya), Cinta’Kan Membawamu Kembali telah menjadi siulan ramai. Mereka mendominasi muzik Indonesia dengan pelbagai pengiktirafan. Dilaporkan 500,000 unit album habis terjual.

Angka yang sangat besar untuk pendatang baru. Dengan perkembangan luar biasa Dewa 19, Ahmad Dhani menggelar fans mereka sebagai Baladewa.

KEGEMILANGAN DAN KONTROVERSI

Pandawa Lima dilepaskan ke pasaran pada 1997 dengan lagu hits, Kirana, dan Kamulah Satu-Satunya. Album ini lagi dahsyat apabil dilaporkan dijual lebih 800,000 salinan.

Pada Jun 1998, Wong Askan telah dikeluarkan dari kumpulan kerana Ahmad Dhani sudah menjumpai pemain dram yang lebih versatile. Wong Askan agak terhad kepada muzik jazz. Beliau digantikan dengan Bimo.

Di sebalik kegemilangan mereka, Dewa 19 dipalit dengan skandal dadah melibatkan front man mereka, Ari Lasso yang menjadi kegilaan gadis dan juga orang kuat Erwin Prasetya.

Ari Lasso dan Erwin mengalami masalah disiplin yang teruk. Album ke-5 mereka sukar disiapkan kerana mereka berdua yang seringkali gagal menepati masa.

Imej Dewa 19 calar. Dewa 19 kehilangan banyak penaja dan projek kerana penganjur kecewa dengan mereka yang sudah beberapa kali membatalkan persembahan kerana ada ahli kumpulan yang kononnya ‘sakit’.

BERAKHIRNYA ERA ARI LASSO

Ahmad Dhani memberikan amaran agar 2 rakannya itu segera kembali daripada terus dibelenggu masalah dadah. Erwin dikatakan berjaya meyakinkan Dhani, tetapi Ari Lasso berhadapan dengan ketagihan yang agak teruk.

Akhirnya, Dhani memutuskan untuk menyingkirkan Ari Lasso. Ramai merasakan ia akan memberikan impak yang sangat besar kepada Dewa19.

Pada 1999, akhirnya album The Best of Dewa 19 dikeluarkan. Album kompilasi yang memuatkan lagu-lagu yang dinyanyikan Ari Lasso sebagai vokalis utama.

Lagu baru seperti Elang dan Persembahan dari Surga turut dimuatkan. Album ini berhadapan dengan masalah boikot daripada beberapa stesen radio dan stesen tv kerana imej Ari Lasso. Namun, ianya tetap laris meskipun tidak dipromosi secara meluas.

Setelah beberapa bulan album ini dijual, Dewa 19 dikatakan lumpuh. Boleh dikatakan hanya tinggal Ahmad Dhani dan Andra selepas Erwin terpaksa berehat kerana menjalani pemulihan dadah.

ERA DHANI-ONCE

Pada 1997, Once Merkel telah bertemu Ahmad Dhani. Setelah berbincang, Ahmad Dhani menjemput Once menyertai beliau untuk menghidupkan nafas Dewa 19 yang dikatakan hampir padam.

Dhani memberitahu Once bahawa, Dewa 19 adalah sebahagian daripada hidup beliau terutama sekali Baladewa.

Projek Dewa 19 era Once-Dhani ini dilengkapkan dengan kehadiran pemain dram yang dinamik Tyo Nugros.

Personally ini adalah line up favorite aku dalam Dewa / Dewa 19. Tyo Nugros punya fill in, dengan gitar Andra, vokal Once yang diharmornikan dengan suara jantan Ahmad Dhani memang melekat.

Dewa 19 berjaya meraih publisiti yang kuat di sebalik berita penggabungan ini. Ini kerana ramai peminat muzik yang menantikan apa cerita mereka? Maka media pun ambil kesempatan update perkembangan terkini Dewa 19.

Pada April 2000, Dewa 19 tampil di hadapan media dengan mengumumkan line-up terbaru mereka selepas era Ari Lasso. Dewa 19 adalah: Ahmad Dhani (keyboard), Andra Junaidi (gitar), Once Mekel (vokalis) dan Tyo Nugros (drumer).

Pada tahun yang sama, Dewa menghadiahkan peminat dengan Album yang dianggap wajib milik oleh peminat Dewa berjudul Bintang Lima.

Ramai mulanya sangsi dengan line up terbaru Dewa ini. Namun Album Bintang Lima memang 5 bintang. Lagu termuat dalam album ini ialah:

Roman Picisan
Dua Sejoli
Risalah Hati
Cemburu
Separuh Nafas
Lagu Cinta

Tak payah skip pun. Dewa 19 menggegar sekali lagi. Album ini turut mendapat sambutan di luar negara termasuk Malaysia, Singapura dan Brunei.

Ia adalah puncak kejayaan Dewa 19 apabila album ini terjual lebih 1.7 juta unit. Tiada lagi album artis Indonesia yang boleh menandinginya setakat ini. Itu belum termasuk yang cetak rompak.

Erwin Prasetya kembali bergabung dengan Dewa selepas pulih sepenuhnya. Mereka mengumumkan album keenam, Cintailah Cinta pada 5 April 2002.

Jika Album Bintang 5 menjadi album terlaris sepanjang zaman di Indonesia, ini pula album kedua terlaris sepanjang zaman oleh Artis Indonesia. Penjualan Album ini dikatakan sekitar 1.04 juta unit.

Namun terdapat konflik di sebalik kejayaan album ini. Dewa telah diheret ke mahkamah kerana isu hak cipta untuk lagu power, Arjuna Mencari Cinta.

Penulis Novel Yudhistira mendakwa Arjuna Mencari Cinta adalah milih beliau. Ia adalah judul novel beliau. Dewa agak berang dengan tuduhan itu.

Akhirnya, kedua-dua pihak memilih jalan selesaikan secara baik dan Dewa 19 hanya menggunakan tajuk Arjuna untuk lagu itu. Pada Julai 2002, Ahmad Dhani dan Dewa memutuskan untuk menyingkirkan Erwin daripada Dewa untuk selama-lamanya.

Mereka terus menimba kejayaan dengan album selepas itu,
Laskar Cinta (2004)
Republik Cinta (2006)
Kerajaan Cinta (2007)

Kini kumpulan Dewa 19 sudah lama tidak merakamkan album selepas album kompilasi berjudul The Best of Republik Cinta Management (2009).

Dikatakan ada konflik di antara Once dan Ahmad Dhani punca kenapa Once meninggalkan Dewa. Ahmad Dhani banyak menggunakan vokalis sementara di dalam persembahan Dewa selepas itu termasuk Judika.

Namun Once dan Dhani tidak pernah menceritakan hal yang sebenar. Once hanya pernah menyatakan dia mahu keluar kerana mahu bergerak solo atas pilihan beliau sendiri.

Tanpa sengaja, Once dan Dhani sebenarnya telah mewujudkan kumpulan Dewa 19 terbaik dalam sejarah ataupun mungkin kumpulan kugiran yang terbaik di Indonesia.

SELAMANYA DEWA 19

Itulah kisah Dewa/Dewa 19 yang diilhamkan oleh Ahmad Dhani dan rakan-rakannya ketika remaja dan berjaya menempuh segala ranjau berliku dalam dunia muzik.

Mereka membiarkan album mereka bercakap dengan peminat.

Pada hari ini terus Lepas tu banyak melakukan beberapa persembahan reunion dengan barisan pemuzik dan vokalis yang mereka pernah ada.

So apa top 3 lagu Dewa/Dewa19 pilihan korang.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di