Dhrisyam: Kisah ‘Kaki DVD’ Mencari Alibi Jenayah Isteri Dan Anaknya

Ketika dunia memperkatakan comeback isterinya, Kajol dalam Dilwale, Ajay pula muncul dalam filem yang jauh lebih balk. Filem ini mulai diletakkan sebagai pesaing utama Bajrangi Bhaijan yang turut ditayangkan pada 2015.

Filem ini membawa kembali penonton yang merindui rona sebenar perfileman Hindustan. Dengan latar tempat dan latar masyarakat yang sangat ‘Hindi’.

Saya sendiri kadang-kadang bosan dengan filem Bollywood yang terlalu cuba menjadi Hollywood. Bukanlah semua cuma ada beberapa.

Suapan yang diberikan Drishyam sangat menepati citarasa klasik yang sesedap rasa. Filem ini memaparkan bagaimana seorang yang ‘self thought’ menerusi filem yang dia saksikan cuba mencipta alibi.

Heronya adalah lelaki yang bekerja menyara isteri dan anak-anak. Lelaki yang peramah, periang dan balk hati. Hero yang kaki DVD. Namun sebelum pergi lebih jauh filem ini ada banyak versi remake di India dalam bahasa berbeza.

Kisah keluarga bahagia

Si isteri hidup di sebuah perkampungan yang mengenakan sari dan tidak ada overdress dan over make up. Jika anda mahukan filem dengan CGI, effect luar biasa, ini bukan genre untuk anda.

Filem ini arahan Nishikant Kamat. Beliau melakukan remake filem Malayalam berjudul Drishyam (tajuk sama). Filem tersebut mendapat sambutan luar biasa, dan Nishikant Kamat yakin is akan memberikan kejayaan besar jika di-hindustan-kan.

Namun ramai pemerhati menyatakan filem Drishyam versi Hindustan ini berada dalam kelas tersendiri, serta lebih aura.

lni bukanlah perkara asing dalam pefileman India. Banyak filem yang remake daripada 2 bahasa berbeza kerana mahu mendapatkan lebih keuntungan.

Vjay, lakonan Ajay Devgan seorang lelaki yang tak sempurna, cuma lelaki biasa tetapi sangat protective kepada keluarganya. Ajay Devgan bergandingan dengan Shriya Saran yang turut melakukan comeback.

Vijay Salgaonkar yang bekerja di sebuah perusahaan tv kabel. Mereka membekalkan perkhidmatan tv kabel di kawasan perkampungan mereka.

Vijay seorang yang sangat suka dengan filem ataupun movie addict. Beliau boleh bermalam di tempat kerja dan kerap balik lewat hanya kerana filem.

Isteri Vijay bernama Nandini. Mereka ada 2 anak perempuan. Seorangnya, remaja dan seorang lagi masih kecil. Vijay sangat sayangkan ketiga-tiga wanita yang penting dalam hidupnya.

Anak dan isteri terlibat kes pembunuhan

Dan pada satu hari, konflik filem ini mulai memuncak apabila anak remaja Vijay bernama Anju (Ishita Dutta) dan isterinya diugut oleh rakan sekolah Anju (anak dara Vijay).

Ini’ semua kerana video ‘nude’ Anju. Bagaimana gadis remaja itu boleh terjebak?

Anju rapat dengan remaja lelaki tu. Boleh dikatakan crush la. Lelaki tu mulut manis.

Remaja lelaki itu telah mengugut anak dan isteri Ajay untuk memenuhi kemahuannya ataupun dia menularkan video Anju ke atas talian. Isteri Ajay merayu dan sanggup melakukan apa sahaja.

Lelaki remaja itu mahu merogol kedua-dua wanita itu. Ketika itu Vijay masih belum pulang ke rumah.

Dan ketika Vijay tiba di rumah, dia melihat isteri dan anaknya dalam keadaan trauma. Mereka telah membunuh remaja tersebut dalam usaha mempertahankan diri.

Remaja lelaki itu rupa-rupanya bukan calang-calang. Dia adalah anak lnspektor General Meera Desmukh lakonan Tabu. Polls lawa yang tegas dan memiliki rekod yang menjadi mimpi ngeri mana-mana penjenayah. Ayahnya pula seorang jutawan.

Kini Vijay cuba untuk menutup kes pembunuhan itu dengan cara beliau sendiri. Bayangkan seorang lelaki yang hanya bersekolah sampai darjah 4 cuba menghapuskan bahan bukti dan ‘fabricate’ satu cerita untuk membentuk alibi.

Mencari alibi dengan jalan cerita dari movie

Jika Vijay berusaha menutup pembunuhan dilakukan oleh isteri dan anaknya, Meera dan suaminya pula mahu mencari di mana anaknya dan siapakah pembunuh anaknya.

Banyak babak yang saspen berlaku dalam filem ini terutama sekali ketika Vijay disiasat dan cuba memanipulasi bahan bukti. Sampai satu ketika anaknya yang kecil diseksa untuk mendapatkan kebenaran.

Vijay turut berhadapan dengan polis korup yang memang tak suka dengannya. Polis ini mengambil kesempatan termasuk membelasah bini Vijay. Ditumbuh, ditampar, dan dipijak, keluarga ini terus menutup mulut.

IG Meera hanya mengikutkan kata hatinya yang menyatakan semua perkara dalam fikiran beliau menjurus kepada satu saspek, iaitu Vijay. Naluri keibuan yang kuat juga menjadi pegangan Meera.

Namun segala siasatan dan jejak semula dilakukan mereka membuatkan mereka semakin dekat semakin jauh serta menunjukkan alibi yang kuat kepada Vijay.

Suami Meera mulai meraguinya, dan mulai simpati dengan Vijay yang mungkin benar-benar tiada kaitan dan tak tahu di mana anak mereka.

Bagaimana Vijay yang hanya darjah 4 ini sentiasa mendahului langkah seorang polis sehebat Meera? Dia telah belajar daripada filem yang dia tonton. Memang agak gila.

Meera dan si polis yang korup tadi mulai menyalahgunakan kuasa mereka di dalam siasatan. Tujuannya adalah untuk memaksa Vijay membuka mulut.

Namun semakin lama, Meera semakin dekat dengan pembuktian yang beliau percaya. Akhirnya siasatan kes ini dihentikan dan Meera dikenakan hukuman kerana melanggar SOP dalam siasatan.

Meera buntu

Meera tak tahu kenapa anaknya dibunuh? Dan pada satu pertemuan, Meera dengan Vijay, sebelum dia berlepas ke luar negara, Meera hanya mahu tahu, adakah anaknya memang sudah mati?

Meera seorang ibu yang mencari anak remajanya yang hilang dan tak kembali. Meera mencari ‘keadilan’ untuk anaknya, Vijay pula melindungi keluarganya daripada ketidakadilan yang mungkin akan mereka hadapi.

Dalam satu babak akhir di balai polls, Vijay berkata dia sentiasa percaya balai itu akan sentiasa melindungi mereka sekeluarga.

Saksikanlah sendiri filem yang breathtaking dan penuh saspen ini terutama sekali pada fasa Vijay encounter IG Meera.
Pada akhir cerita barulah pendedahan dilakukan.

Filem ini menceritakan perspektif yang sangat dekat dengan kita semua. iaitu kekeluargaan. Apa yang akan anda lakukan jika sempadan keluarga anda diceroboh?

Dan dari sudut yang satu lagi, apa perasaan seorang ibu yang tak tahu, jika benar anak dia dah mati, di mana mayatnya? Kenapa lelaki seperti Vijay sanggup membunuh anak lelakinya?