Di Brazil, 9 Kad Merah Dan Satu Kungfu Cantona Hinggap Di Muka Pemain

Anda masih ingat kungfu Eric Cantona satu ketika dahulu? Dan kali ini ianya berlaku dalam aksi liga remaja B-17 di Brazil.

Dalam aksi skuad B-17 Fluminese dan Athletico Paranaense – aksi dicemari dengan insiden yang tak diingini.

Di mana berlaku pergaduhan besar di antara pemain. Menyebabkan beberapa aksi kungfu berlaku. Seorang pemain cedera di muka selepas terkena kungfu Cantona itu.

Pengadil turut melayangkan 9 kad merah dalam perlawanan ini.

Fluminese memenangi kejuaraan U17 Brasileirao. Tetapi cerita utama di Brazil adalah mengenai bagaimana sekumpulan remaja gagal mengawal kemarahan mereka di atas padang.

Pemain Paranaense, Ataide mengasariJoao Neto yang kemudian menyepak lawannya. Ianya membuatkan konfrontasi berlaku dan pemain lain campur padang.

Dan tiba tiba, pemain gantian iaitu Joao Gabriel mengaktifkan jurus Eric Cantona ke muka Neto.

Vinicius Amaral turut melakukan beberapa sepakan susulan kepada pemain itu yang terbaring.

 

Perlawanan terpaksa dihentikan selama 10 minit. Pengadil meminta pandangan daripada para pembantunya dan pegawai keempat.

Hasilnya, 6 pemain dibuang padang. Seterusnya 3 lagi pemain gantian juga menerima kad merah dan diusir.

Para penyokong di Brazil menganggap kejadian itu salah satu aksi paling ganas dalam bola sepak.

Buat masa ini, FA Brazil masih menyiasat insiden itu dan akan mengumumkan hukuman yang bakal diterima para pemain.

Pada usia muda, memang hati cepat panas. Namun ianya adalah perkara yang harus dikendalikan dengan sebaiknya untuk menuju ke alam dunia bola sepak profesional.