Di Brazil Ultras Persiapkan Diri Mereka Dengan Menajamkan Lagi Kemahiran Bertumbuk Dengan Penyokong Lawan

Di Brazil, bukan sahaja pasukan bola sepak yang membuat persiapan rapi, namun hooligan mereka juga boleh membuat persiapan.

Dalam satu video yang dikongsikan di media sosial, terdapat latihan khas melibatkan ultras dan hooligan yang mahu bertumbuk atau mempertahankan diri dalam pergaduhan.

Ini memandangkan seringkali berlaku pergaduhan antara hooligan sehingga ada yang cedera.

Ultras Inferno Coral yang merupakan penyokong tegar Santa Cruz FC telah menajamkan lagi ilmu pergaduhan mereka.

Mereka menyewa pusat latihan khas untuk memperbaiki aspek pergaduhan mereka.

Di mana ada kelas khas dibuat untuk persiapan bergaduh di tempat awam, jadi mereka boleh bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan terlibat pergelutan dan pergaduhan dengan penyokong lawan.

Difahamkan latihan itu dibuat untuk persiapan bagi perlawanan hujung minggu ini. Mereka berlatih dengan pelindung khas. Kerana ini bukan pertempuran sebenar. Ianya hanya sesi sparring bersama rakan rakan mereka.

Persiapan itu dibuat sempena aksi persahabatan menentang pasukan yang dianggap musuh mereka iaitu CSA.

Saksikan di sini:

INACREDITÁVEL: Sport abre sua sede para que torcida organizada faca um treino de boxe em preparação para uma briga a céu aberto contra a organizada rival, Inferno Coral, marcada para o domingo.
byu/DarkJayBR inFutebola

Walaupun persiapan sudah dibuat. Namun difahamkan perlawanan persahabatan yang sepatutnya berlangsung pada Ahad ini, dibatalkan.

Nampaknya, ilmu bertumbuk ini boleh digunakan untuk perlawanan lain.