Di China, Seorang Ibu Salahkan Guru Berbasikal Ke Sekolah Punca Anaknya Anggap ‘Tak Guna Belajar’

Di China, seorang guru berasa sangat sedih dan diaibkan. Ini selepas ada seorang ibu kepada pelajar berfikiran bahawa guru tersebut telah meruntuhkan motivasi anak mereka daripada belajar hanya kerana mengayuh basikal ke sekolah.

Berita itu benar benar mengejutkan. Bagaimana ibu bapa menanam pada pemikiran anak mereka bahawa mengayuh basikal ke sekolah adalah hina.  Kejadian ini berlaku pada bulan Jun apabila guru itu, Cikgu Wang, sedang menunggang basikalnya ke tempat kerja apabila dia bertemu dengan salah seorang pelajarnya.

Kedua-dua guru dan murid itu saling berbalas salam dan meneruskan perjalanan. Bagaimanapun, sebaik sahaja Wang tiba di pejabatnya dan membuka kumpulan WeChat untuk semua guru dan ibu bapa terdapat satu mesej yang luar biasa daripada ibu pelajar itu.

Menurut South China Morning Post, mesej daripada ibu itu berbunyi, “Cikgu Wang, jangan mengayuh basikal lagi ke sekolah. Lebih baik kamu beli kereta.”

Ibu budak lelaki itu yang digelar Rongrong berkata demikian dalam kumpulan sembang, yang mempunyai 58 ahli termasuk ibu bapa dan guru.

Wang menjawab: “Terima kasih Ibu Rongrong atas keprihatinan anda. Ia satu pengalaman yang menyeronokkan untuk menunggang basikal. Apatah lagi, ia tidak jauh dari rumah saya ke sekolah. Dan ianya adalah aktiviti yang menyihatkan.”

Selepas ini, Rongrong menedesak guru itu agar dia harus membeli kereta untuk mengelakkan diri daripada terkena hujan.

“Jika hujan, saya tidak akan menunggang basikal. Saya akan memegang payung dan berjalan ke sekolah sebab jaraknya dekat. Bagaimanapun, berjalan juga adalah baik untuk kesihatan saya,” jawab Wang.

Akhirnya, ibu tersebut mendedahkan sebab sebenar mengapa dia mahu cikgu membeli kereta.

Dia berkata, “Anak saya telah menaiki BMW sejak lahir. Orang sekeliling dia semua ada kereta mewah. Kamu adalah gurunya. Dan cuma naik basikal?”

“Kamu cuba bayangkan apa yang akan anak anak kami fikirkan, apa pendapat kamu?”

“Apa yang dia fikirkan tentang saya menunggang basikal?” tanya cikgu itu kehairanan.

Ibu memberitahu guru bahawa anaknya akan berfikir ‘belajar adalah tidak berguna’ kerana akhirnya cuma mampu membeli basikal dan tidak dapat membeli kereta mewah. Selain itu, anak anak mereka mungkin akan memandang rendah profesion perguruan.

“Setiap hari saya suruh dia belajar bersungguh-sungguh. Dan dia mendapati kamu menunggang basikal ke tempat kerja, apa yang dia fikirkan? Dia pasti akan beranggapan guru tidak boleh buat duit dan belajar tidak berguna,” tulis ibu.

“Kamu sudah bekerja keras separuh hayat kamu tetapi taraf hidup anda tidak sebaik anak saya – dia mempunyai sebuah BMW untuk dia naik sejak kelahirannya. Saya yakin dia tidak akan belajar bersungguh-sungguh pada masa hadapan kerana kamu.”

Kenyataan ibu bernama Rongrong itu tidak disenangi oleh beberapa ibu bapa yang lain. Guru itu memutuskan untuk tidak meneruskan perdebatan itu. Kerana dia tak tahu, bagaimana seorang ibu boleh merasakan bahawa anak mereka berfikiran begitu?

Seorang ayah dalam kumpulan sembang itu naik geram dan berkata: “Ibu Rongrong, memandangkan keluarga kamu sangat kaya dan kamu membenci cikgu Wang kerana tidak mempunyai kereta, kenapa kamu tidak membelikan dia kereta?”

“Kamu bimbang cikgu yang menunggang basikal menjejaskan pendidikan anak kamu, bukan? Tidakkah kamu sanggup mengeluarkan wang sebanyak itu dari poket kamu? Tak rugi kan?” tambah seorang lagi ibu bapa di situ.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.