Di India Artis Berebut Berbuat Kebajikan Bantu Kerajaan Melawan COVID-19

Jika di Malaysia ada segelintir artis mengeluh kerana tiada skim bantuan khas kepada mereka, sebenarnya ada je bantuan kalau mereka layak sebab mereka kan rakyat Malaysia.

Namun buan semualah, sebab ramai juga yang menderma dan berbuat amal bagi meringankan beban mereka yang memerlukan ketika krisis koronavirus.

India lain pula ceritanya. Selebriti mereka seolah olah berlumba-lumba untuk membantu organisasi, jabatan kerajaan, dan mana-mana pihak memerlukan ketika wabak Covid-19.

Mereka mengenepikan sentimen politik mana yang mereka sokong. Kerana bagi mereka ketika ini adalah penting untuk menyokong kerajaan yang sedia ada bagi melawan wabak Covid-19.

Rajnikanth, Hrithik Roshan dan Helma Malini antara yang terawal memberikan sumbangan mereka.

Mendengar kekurangan bekalan topeng muka di India. Hrithik Roshan mengumumkan menerusi Twitternya bahawa beliau akan membantu membeli topeng muka N95 dan FFP3 kepaada Majlis Pebandaran Brihanmumbai.

Hrithik Roshan menjelaskan topeng itu akan cuba diagihkan kepada pekerja hospital dan juga kepada mereka yang memerlukan.

Selain itu Hrithik Roshan menjelaskan beliau akan cuba menggunakan pengaruh dan publisitinya untuk mendapatkan lebih banyak dana bantuan daripada beberapa syarikat besar.

Sementara itu, selebriti legenda, Hema Malini mendermakan Rs 1 crore ataupun sekitar RM573,000 kepada Parlimen yang diwakilinya.

Hema Malini merupakan MP di Mathura. Wang itu akan dibelanjakan untuk pelbagai kegunaan bagi menentang Covid-19.

Superstar Rajnikanth pula medermakan sekitar Rs 50 lakh ataupun lebih kurang RM287,000 bagi membantu Persatuan Filem India Selatan. Di mana wang itu akan digunakan untuk membayar gaji staf yang tertunggak semasa MCO.

Aktor kacak Akshay Kumar pula mendermakan Rs 25 crore daripada wang simpanannya kepada yayasan PM-CARE di India. Ianya bersamaan dengan lebih RM14 juta.

Begitulah kemurahan Akshay Kumar yang menyatakan inilah masanya untuk menyelamatkan nyawa. India memiliki populasi rakyat 1.37 billion orang.

Bintang Bahubali iaitu Prabhas mendermakan wang beliau kepada PM CARE, yang dilaporkan sekitar Rs 3 crore / RM1.72 juta.

Ramai lagi bintang di India menderma dan memberikan sumbangan kepada negara mereka bagi membantu menentang koronavirus di negara itu.

Mereka meyumbang di atas kemampuan masing-masing. Menariknya, ramai mereka menggunakan wang simpanan peribadi — sebahagiannya diberikan kepada negara untuk dikongsi dengan mereka yang benar-benar memerlukan ketika ini.

India kini sedang dalam perintah kawalan pergerakan. Ada beberapa tempat pulak diarahkan untuk lockdown.

Koronavirus merupakan wabak yang telah banyak memberikan impak kepada dunia pada ketika ini.

Bersama-sama kita mendoakan agar penawar untuk penyakit ini segera ditemui.

Dan beringatlah, untuk sentiasa amalkan kebersihan terutama sekali tangan korang tu. Kerap cuci tangan. Bak kata Kate Winslet aka Dr Erin Mears dalam filem Contagion:  “Cucilah tangan kamu seolah olah nyawa korang bergantung kepadanya.”

 

Baca yang lain

Michael Edwards Setuju Kembali Ke Liverpool

Pengarah Sukan bertaraf legenda kelab iaitu Michael Edwards dilaporkan telah mencapai kesepakatan dengan Liverpool untuk kepulangan semula. Edwards sebelum ini menjadi tulang