Di Indonesia, 2 Lelaki Dikurung Di Rumah Berhantu 14 Hari Kerana Melepak Ketika Kuarantin

Bermacam cara dilakukan oleh kerajaan di seluruh dunia untuk memastikan rakyat mereka patuh arahan kuarantin.

Di Filipina paling keras dengan Presiden Duterte memberikan arahan tembak kepada mereka yang ingkar.

Kuarantin dengan hantu sekali

Terbaru, AFP melaporkan bahawa di Indonesia ada dua lelaki ditangkap melakukan kesalahan melanggar kuarantin. Mereka telah berjalan jalan di luar rumah dan melepak.

Sebelum itu mereka berdua baru balik dari bandar. Itu pun sudah satu kesalahan.

Namun ketua daerah Sragen memberikan peluang kepada mereka untuk mengkuarantin diri sendiri di dalam rumah dan tidak boleh keluar selama 14 hari.

Satu surat perjanjian telah ditandatangani oleh mereka. Dan mereka sudah berjanji akan mengikut arahan yang telah diberikan oleh ketua daerah kepada mereka.

Namun malangnya, tak sampai dua minggu, mereka berdua keluar rumah dan berjalan – jalan di luar kampung.

Ketua daerah Sragen, Kusdinar Untung Yuni Sukowati telah mengambil pendekatan berbeza untuk menghukum dan memberi pengajaran kepada mereka kerana degil dan melanggar peraturan kuarantin itu.

Rumah berhantu yang keras

Ini apabila beliau telah mengarahkan pesalah untuk tinggal di rumah berhantu yang paling angker/ keras di hujung kampung – terletak di tengah sawah padi.

Rumah tersebut memang menjadi bualan penduduk kerana keras dan banyak cerita seram berkaitan dengannya.

Kusdinar berkata beliau ada menerima laporan terdapat 2 warga Plupuh yang balik dari bandar itu tadi – yang enggan dikuarantin.

Oleh yang demikian, beliau telah memberikan dua lelaki itu dikurung di rumah hantu tersebut bagi memberikan pengajaran kepada mereka.

Beliau mengarahkan orang membersihkan rumah tersebut. Dan dua lelaki itu dikunci di sana sehingga tamat tempoh kuarantini 14 hari mereka.

Beliau berkata: “Kami mendapati ada 2 warga di Plupuh yang sepakat dan tidak mahu kuarantinkan diri sendiri dan dijumpai berada di tengah jalan.”

“Akhirnya, dua warga itu dimasukkan ke rumah kosong dan berhantu lalu dikunci dari luar.”

Kusdinar memberikan jaminan bahawa dua pesalah itu diberikan makanan dan minuman secukupnya sehingga tempoh kuarantin 14 hari tamat.

Kusdinar faham kenapa ramai yang mahu pulang ke kampung dari Bandar. Namun kenalah bertanggungjawab mengkuarantin diri mereka di dalam rumah seperti yang diarahkan kerajaan.

Sebenarnya, memang tidak dibenarkan untuk bergerak jauh ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Dengan meletakkan mereka di rumah hantu tersebut, pasti mereka merindui rasa duduk di rumah sendiri ketika PKP ini. Dapat juga merasa masakan ibu kalau di rumah.

Ni terpaksa makan nasi subsidi di pusat kuarantin yang tiada tv dan hiburan yang lain. Mereka berdua dipantau rapi. Dan jika melanggar kesalahan, akan dihadapkan ke mahkamah terus.

Indonesia kini sedang berhadapan dengan cov19 yang semakin meningkat. Ketika ini lebih 7,000 kes disahkan.

Dan lebih 600 kematian sudah pun dicatatkan.

Sumber: AFP