Aplikasi TikTok memang sangat digemari pengguna di pelbagai peringkat usia.
Ianya bukan sahaja digemari generasi muda, tetapi turut digemari generasi yang lebih dewasa dan lanjut usia.
Ini termasuk pemain bola sepak kebangsaan kita Akhyar Rashid.
Masalah utama setiap aplikasi sosial seperti ini adalah ketagihan yang melampau.
Baru-baru ini seorang lelaki di Indonesia sangat geram melihat isterinya asyik bermain TikTok.
Lelaki yang bernama Didi Irwant itu tidak dapat mengawal kemarahan dalam dirinya, dia bertindak menyiram muka isterinya dengan minyak panas.
Kejadian itu dilaporkan berlaku di Lubuk Minturun, Sumatera Barat, pada awal pagi Khamis, 5 November 2020.
Suspek menyiram minyak panas itu ke muka isterinya yang sedang tidur. Akibatnya, muka mangsa, Elda Yurianti, melecur teruk.
Elda kemudian membuat laporan polis terhadap Didi dan mendakwa suaminya itu sengaja menganiayanya kerana cemburu dengannya.
Elda jelaskan kenapa dia main TikTok
Elda menejaslakan bahawa menggunakan aplikasi TikTok itu untuk menjual pakaian. Apatah lagi sejak sebulan yang lalu, suaminya tidak bekerja.
Jurucakap Polis Padang, Rico Fernanda, mengesahkan kejadian itu dan pihaknya kini sedang mengesan suspek yang dilaporkan telah melarikan diri.
“Mengikut laporan mangsa, suaminya cemburu kerana mangsa selalu bermain TikTok,” kata Rico.
Bercakap kepada media, Elda menjelaskan dia memanfaatkan aplikasi TikTok untuk menjual pakaian.
Kesal Sering Bermain TikTok, Suami Siramkan Minyak Panas ke Wajah Istri https://t.co/xgFLlQqHrZ
— SINDOnews (@SINDOnews) November 6, 2020
Tetapi Didi pula cemburu melihatnya sejak Elda berniaga melalui aplikasi tersebut di mana dia mendapat banyak mesej dan dihubungi pelanggan lelaki menerusi messenger.
Ada juga yang menghantar mesej gatal kepada isterinya. Namun sang isteri berkata, dia tidak melayan mesej mesej itu kerana tujuannya adalah untuk membantu suaminya mencari wang.
Rasa cemburu yang membabi buta, membuatkan Didi mengambil tindakan terlalu emosi.
Elda mengerang kesakitan dan tidak percaya dengan apa yang dilakukan Didi.
Lebih teruk, Elda mendakwa Didi juga cemburu dengan hubungan rapat isterinya dengan adik kandung lelakinya.
Didi kerap memeriksa telefon pintar isterinya untuk membelek segala mesej di dalamnya.
“Dengan adik kandung saya pun dia nak cemburu juga,” kata Elda dengan nada kecewa.