Tak taulah nak cakap apa dengan bebudak ni semua. Sekumpulan pencuri, di Kota Makasar telah ditangkap polis kerana kesalahan pecah masuk rumah yang sebenarnya rumah kepada pesakit C0V-19.
Pencuri – pencuri tersebut mendapati rumah itu kosong dan tak berpenghuni. Jadi, mereka merasakan itulah peluang untuk mereka dapat buat duit. Lalu digasaknya rumah tu.
Namun mereka akhirnya kantoi mencuri dan terus dihantar ke balai polis. Kesemua suspek dilaporkan merembat wang bernilai RP20 juta, telefon bimbit, tong gas (WTF), helmet dan emas seberat 15gm.
Menurut laporan, dua kali mereka memecah masuk rumah tersebut untuk mencuri. Namun kelakuan mereka diketahui masyarakat setempat dan memburu mereka.
Dan akhirnya kesemua suspek menyerahkan diri mereka kepada pihak polis.
Bukan itu sahaja, lebih malang, mereka kini dikhuatiri mengidap COV-I9 kerana rumah yang mereka pecah masuk itu merupaka rumah pesakit.
Sebab itulah rumah itu kosong. Kerana pemiliknya sedang menjalani kuarantin selepas disahkan positif cov-I9.
Dipetik dari News Detik, pencuri terdiri daripada mereka yang berusia di antara 18 sehingga 20 tahun. Pesalah bernama Ardiansyah (18), FR (16), Nober (19), dan Arfan (20).
Kasi Humas Polsek Panakkukang Bripka Ahmad Halim berkata: “Pesalah telah dibawa ke RS Bhayangkara (Polda Sulsel – Polis Daerah Sulawesi Selatan) untuk menjalani rapid test.”
“Hasilnya [sama ada positif atau negatif] kami belum tahu lagi. Tetapi, apa yang jelas mereka pergi menjalani rapid test,” katanya.
Ahmad Halim juga menegaskan mereka masih mencari bahan bukti yang lain untuk mendakwa pelaku. Di mana setakat ini angka kerugian sebenar mangsa masih lagi diteliti.
“Pencarian barang buktinya masih kami lakukan dengan lebih terperinci,” tambah beliau.
Mereka akan ditempatkan di dalam sel khas di dalam pejara. Ini kerana mereka perlu diasingkan daripada banduan yang lain untuk sekurang-kurangnya 14 hari.
Nah korang layan laporan berita (aku nampak pembaca berita dengan yang penterjemah bahasa isyarat macam sama muka):