Di Itali Wanita Disaman RM4,110 Kerana Pandu Ford Focus Pada Kelajuan Kapal Terbang (703kmj) Di Zon 70kmj

Di Itali mereka menggunakan sistem saman berdasarkan berapa nisbah kelajuan yang dilakukan pesalah berbanding dengan had laju dibenarkan.

Baru baru ini kecoh di Itali apabila seorang pemandu telah disaman €863.60 (RM4,110.10) kerana memandau 10 kali ganda melebih had laju ditetapkan.

Pemandu tersebut disaman kerana memandu Ford Focus dengan kelajuan 703 kmj di kawasan hanya mengehadkan had laju 70 kmj.

Siapa perlukan supercar kalau korang ada Ford Focus yang mampu bergerak seperti kelajuan sebuah kapal terbang kan?

Kelajuan yang maha laju itu mengejutkan ramai pihak.

Saman tersebut dikeluarkan oleh pihak polis dan secara rasmi ketika ini menjadi kes melanggar had laju paling deras yang pernah ada di negara tersebut pada ketika ini.

Lebih mengejutkan, kesalahan yang berlaku di Ancano itu dilakukan oleh seorang wanita.

Keratan saman itu kemudian dimuat naik di Facebook. Ramai yang yakin sekali bahawa itu satu kesilapan.

Sebagai rekod, kelajuan maksimum yang boleh dicapai oleh Ford Focus yang standard adalah 210 kmj.

Gambar saman itu kemudian dikongsi seorang pengguna bernama Giovanni Strologo di faceboknya. Dan beliau berseloroh merasakan pemandu itu sangat gila, malah peluru berpandu pun tak selaju itu.

Selain daripada saman, pemandu tersebut juga dikenakanm demerit 10 mata.

Ramai meminta agar pihak yang bertanggungjawab menyemak segera fakta kes tersebut.

Mereka yakin ianya kesilapan teknikal pada kamera penangkap kadar kelajuan.

Ada juga yang mulai ragu dengan saman had laju mereka sebelum ini. Adakah mereka juga menjadi mangsa?

Sebagai perbandingan kereta yang paling laju ketika ini adalah Bugatti Chiron yang mencatatkan kelajuan 490 kmj.

Baca yang lain