Di Jepun Selepas Makan KitKat, Korang Boleh Buat Origami Dengan Pembalutnya

KitKat telah mencari idea untuk membantu mengurangkan pembuangan sampah yang banyak serta mengurangkan penggunaan plastik.

Ye la, korang lepas keluarkan coklat tu, terus buang macam tu je.

Di Jepun, KitKat sudah mengeluarkan produk yang dibalut dengan kertas yang korang boleh buat origami.

Jadi, korang nak buang pun rasa sayang je melihatnya. Lepas ni boleh makan coklat sambil melipat origami.

Yang paling menarik, ada panduan untuk korang melipat kertas pembalut KitKat tu untuk menjadi origami.

Origami ni adalah seni tradisional orang Jepun yang melipat kertas untuk membentuk sesuatu perlambangan. Orang Jepun juga pakai origami ni untuk meminta hajat dan sebagainya.

Nestle telah mengumumkan pada Januari lalu, bahawa, mereka mahu produk mereka dibungkus dengan material yang yang boleh dikitar semula menjelang 2025.

Jadi, langkah seperti membekalkan kertas origami seperti ini dilihat akan dapat membantu. Selain daripada menggunakan kertas kitar semula, orang ramai juga boleh menyimpan origami tu kat rumah.

Mesti korang cakap, ala Nestle ni dah miskin la tu. Tak, tahun lalu, mereka menjana pendapatan lebih $20 billion – untuk produk minuman sahaja.

Jepun merupakan pasaran terbesar untuk KitKat dengan penjualan sekitar 4 juta unit setiap hari. Ape giler orang Jepun ni.

Dan langkah ini akan membolehkan syarikat mengurangkan penggunaan plastik sekitar 380 tan.

Sisa buangan plastik sangat bahaya kepada alam sekitar.

Sumber: Independent

Baca yang lain