Di Kala Buntu, Lovren Ada Menyelamatkan Kita

Perlawanan ini antara perlawanan yang paling sukar bagi mendapatkan 3 mata.

Kesukaran itu ditambah dengan kejayaan Napoli mendapatkan gol awal dalam perlawanan ini.

Napoli sangat compact dan juga bermain sistem blok rendah.

Masalah Liverpool adalah tempo tak cukup laju dan gerakan bola antara pemain kurang fluid nak menyelit di celahan pemain-pemain Napoli yang beratur.

Napoli tak berminat dengan jemputan Liverpool untuk mereka press. Sebaliknya mereka fokus drop deeper untuk membentuk blok pertahanan.

Fabinho terpaksa keluar awal kerana kecederaan. Aduh, macamana ni? Liverpool kehilangan pemain yang merupakan  peminat tegar page Half Space dan sentiasa ringan tangan mengkelik iklan yang ada.

Mohamed Salah half fit bagi aku. Kopp nak juga pakai dia sebab tak banyak option.

Mane dan Salah kena shutdown teruk sebab sumber mereka Roberto Firmino kena mark.

Pada sepaaruh masa kedua, Liverpool bermain lebih baik – sikit la. Ada la improvisasi sikit.

Liverpool banyak bergantung kepada bola mati pada hari ini. Dan mujurlah Lovren berjaya menanduk kemas untuk menyamakan kedudukan.

Ia satu tandukan yang sangat cantik daripada pemain yang saya sentiasa kagumi dan buat DP.

Terima kasih juga kepada James Milner. Kalau nak harap Gomez, tak taulah. Hari ni delivery dia memang macam setan.

Ok la, selamat rekod tanpa kalah Liverpool terutama sekali di Anfield.

Ianya bukan persembahan terbaik Liverpool. Dan overall pasukan kita memang agak banyak menyimpang daripada landasan yang benar.

Banyak hantaran neutral dan juga tak ada kemampuan nak pecahkan tight area.

Jadi tiada jaringan kemenangan lewat pada hari ini seperti yang anda semua harapkan.

Apapun, still ambik je la 1 mata ni daripada kedudukan kita kehilangan 3 mata. Lagipun paling penting tak kalah dan juga masih berada di tempat teratas.

Napoli harus mendapat kredit kerana mereka memang datang untuk bertahan dan menapau mana-mana mata yang boleh.

Mereka bertahan dalam unit dan tidak banyak berpusing-pusing. Cuma hari ini serangan balas mereka tidak begitu sharp. Ya mereka ada 1 gol tetapi banyak serangan balas mereka kena patah.

Ok, rehatlah Liverpool untuk next game. Banyak lagi perlawanan nak kena hadap ni.

YNWA

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.