Satu kejadian pelik berlaku di Norway pada Ahad lalu.
Di mana dua orang pemain dari pasukan yang sama bergaduh sesama mereka pada masa kecederaan, walaupun pasukan mereka sedang mendahului lawan mereka.
Pemain Viking FK mendahului 3-2 dalam aksi di tempat lawan menentang Kristiansund. Di mana mereka menjaringkan dua gol lewat untuk bangkit daripada ketinggalan dan mendahului 3-2.
Veton Berisha menyamakan kedudukan pada minit ke-88 menerusi sepakan penalti. Kemudian pada minit ke-90+3, masa kecederaan, Sondre Bjorshol memastikan 3 mata dibawa pulang.
Segalanya nampak serba serbi sempurna buat Viking ketika perlawanan menuju ke wisel penamat.
Namun begitu, sebelum wisel penamat, entah bagaimana, tiba tiba David Brekalo dan Patrik Gunnarsson terlibat dalam insiden yang panas di atas padang.
Brekalo menolak Gunnarsson dengan agresif sebanyak 2 kali. Dan kemudian mahu menumbuk penjaga golnya itu membuatkan Gunnarson tersungkur dengan cara sangat dramatik dengan mendakwa mukanya ditumbuk.
Brekalo memberitahu rakannya bahawa Gunnarson seorang mengada ngada dan terlebih ketika dia ditolak. Itu yang membuatkan Brekalo bertambah bengang. Dan akhirnya Brekalo dilayangkan kad merah pada minit ke-5 masa kecederaan.
Peminat Viking tidak pasti apa sebenarnya telah berlaku pada ketika itu.
Hva er det som skjer med Viking?! Brekalo angriper egen keeper og blir utvist på overtid. Utrolige scener på tampen! pic.twitter.com/MdyvGQIHfv
— Eurosport Norge (@EurosportNorge) November 28, 2021
Kemenangan itu membuatkan Viking kini berada di tangga ketiga dalam carta liga.
Pergaduhan sesama sendiri antara rakan sepasukan ini pastinya mengingatkan kita kepada pergaduhan antara Lee Bowyer dengan Kieron Dyer pada 2005.
Bezanya, ketika itu Newcastle ketinggalan 3 gol di belakang dengan skor 3-0. Kedua dua pemain tiba tiba bertumbuk di tengah padang dan pengadil melayangkan kad merah kepada mereka.
Sebelum itu, Steven Taylor sudah dibuang padang kerana handball.
Graeme Souness sangat marah dan mengecam tindakan Lee Bowyer yang menurutnya terlalu panas baran.
Selepas tamat perlawanan, Souness berkata: “Saya difahamkan bahawa, Kieron langsung tak menimbuk Lee Bowyer dan malangnya dia pun mendapat kad merah.”
“Apa yang dilakukan Lee, tidak boleh dibela. Kerana dia memang benar benar bersalah. Selepas ini dia juga akan berdepan dengan hukuman dari saya pula.”