Aksi ganas Ruben Alcaraz ketika merantai Takefusa Kubo membuatkan ramai peminat bola sepak geram dengannya. Takefusa Kubo merupakan bintang lincah yang bermain untuk Real Sociedad.
Kubo menjadi playmaker pasukannya ketika berdepan Cadiz di Stadium Estadio Nuevo Mirandilla.
Dalam perlawanan ini, aksi Takefusa Kubo menjadi tumpuan. Dan seringkali diberikan terjahan keras oleh lawan terutama sekali Ruben Alcaraz.
Di mana Alcaraz terpaksa menggunakan kaedah kejam untuk menghalang pemain muda pasukan kebangsaan Jepun itu. Insiden ini berlaku pada minit ke-85, Ruben Alcaraz menarik jersi Takefusa Kubo dengan kuat dan menghumbannya.
— Out Of Context Football (@nocontextfooty) December 22, 2023
Ini dilakukan kerana dia kelihatan kecewa dengan kegagalan untuk merampas bola dari kawalan Kubo.
Kubo bengang dan menolak Alcaraz yang dilihat sangat tiada semangat kesukanan.
Sebelum itu dia turut menumbuk pemain itu di perut membuatkan pemain kebangsaan Jepun itu senak sakit.
— Out Of Context Football (@nocontextfooty) December 22, 2023
Perlawanan berakhir dengan 0-0. Namun peminat mahu tahu adakah Alcaraz dilayangkan kad merah kerana kekasaran seperti itu?
Kerana jelas ada 2 kekasaran yang boleh membawa kepada kad merah jika pengadil benar benar bertegas. Namun Alcaraz bernasib baik kerana cuma mendapat 1 kad kuning untuk kesalahan keduan dia buat dengan menarik baju Kubo.
“Tidakkah itu kad merah?” soal Geduma dengan topi Santa.
Seorang peminat menjawab dengan nada sindiran: “Dalam La Liga, kamu boleh tikam pemain dengan pisau dan pengadil akan masih memberikan kad kuning untuk kesalahan pertama.”
In Laliga, you can stab a player with a knife and The refs will still give you a Yellow for the first foul.
— Viko 🦉 (@vikopedia) December 22, 2023
Yang lain berkata, selagi lagi tak ada darah, itu tak dikira kesalahan serius, dan tiada kad merah.
You have to draw blood for a ref to give a red in la liga
— FCBpeley (@FCBpeley) December 22, 2023
Ada juga peminat La Liga dengan sinis menyatakan: “Oh ada kekasaran ke? Tak merah tu bro kerana ini bukan bola sepak ini La Liga.”