Ada kisah yang mencuit hati melibatkan liga divisyen bawahan di England. Di mana aksi di antara Looxwood dan Caversham di Liga Sosial telah dilewatkan sedikit kerana pengadil lambat sampai ke lokasi.
Lebih menarik apabila pengadil meminta maaf kerana dia masih tertidur ketika jam dia harus memulakan tugasannya.
Amazon Prime sendiri terkejut melihat kejadian itu dan tak menyangka peristiwa seperti itu akan berlaku.
Haven't seen this before… 😂 pic.twitter.com/DinXlIiCWw
— Amazon Prime Video Sport (@primevideosport) November 13, 2022
Ini kerana biasanya perlawanan terpaksa ditangguhkan seketika kerana alasan seperti masalah teknikal termasuk isu penyokong, ataupun bas pasukan lewat sampai.
Di ruangan komen ramai yang geli hati dengan laporan tersebut. Ada juga yang berkata: “Di Scotland itu bukan perkara yang baru, pengadil di sini selalu lewat.”
⚠️ KICK OFF DELAYED ⚠️
Reason: Referee overslept. 🤦♂️ #SundayLeague
— Caversham United FC (@CavershamUnited) November 13, 2022
Dalam perlawanan tersebut, kedua dua pasukan terikat 2-2.
Ianya bukan satu satunya perkara pelik berlaku musim ini melibatkan sepak mula yang terpaksa dilewatkan di England. Malah untuk liga profesional Inggeris, berlaku juga peristiwa pelik dengan alasan pelik.
Beberapa bulan lalu, aksi di antara Hull City menentang Birmingham City terpaksa ditunda sebentar kerana tiang gol terlalu tinggi.
Lebih gila, petugas stadium diminta untuk menukar tiang gol tersebut. Mereka kemudian mengambil inisiatif untuk memotong dengan menggergaji tiang gol agar menepati spesifikasi yang ditetapkan.
Pemeriksaan dilakukan sepanjang hujung minggu oleh EFL berikutan insiden awal bulan ini di Wigan Athletic, dan apabila pegawai perlawanan menjalankan pemeriksaan pra-perlawanan mereka, tiang gol didapati terlalu tinggi.
Tiang gol yang dipotong itu dipasang semula sepenuhnya kira kira pukul 2.30pm waktu UK. Pemain kedua dua pasukan malah kebingungan sama ada perlawanan itu akan diteruskan akan ditunda tarikh. Mereka tidak pasti sama ada perlu melakukan pemanasan badan atau sebaliknya.
Kelab terpaksa membuat pengumuman bersejarah dengan berkata: “Sepak mula petang ini telah ditangguhkan kepada 3:20 petang. Pegawai perlawanan telah memaklumkan kepada kelab bahawa tiang gol perlu diselaraskan semula dan HawkEye turut diselaraskan semula sebelum perlawanan boleh dimulakan,” kata Hull City dalam satu kenyataan.
Saksikan detik rare itu di sini.
Hull City vs Birmingham City has been delayed because the goals are too big. They are currently being sawed 2 inches smaller. We’ve seen it all now! 😂 pic.twitter.com/aF1HpmD3vM
— SPORTbible (@sportbible) October 16, 2022