Kita selalu mendengar istilah penunggang agama di Malaysia. Namun ianya tidak sedahsyat di Malawi.
Di mana, manusia boleh menghapuskan dosa hanya dengan sebuku sabun yang dijual dengan harga mampu milik dan melakukannya di mana sahaja, pada sebelah malam.
Sabun itu berjenama Lion Of Judah. Dan ianya dijual pada harga sekitar $50 ataupun RM200.
Untuk menghapuskan dosa di mana sahaja tanpa perlu ke gereja, ianya dianggap tawaran paling rendah dan mampu milik.
Siapa sangka kini manusia boleh menghapuskan dosa dengan satu pakej portable / boleh dibawa ke mana-mana.
Dan pada label sabun itu tertulis: “Bebas melakukan dosa (tanpa was was) sepanjang, dan bersihkan dosa anda sebelah malam dengan sabun Bushiri.”
Bushiri merupakan seorang yang menggelarkan dirinya utusan tuhan di Malawi. Dia menggelarkan dirinya Prophet Shepherd Bushiri.
Dan namanya telah termpampang pada sabun penghapus dosa tersebut.
Sabun itu juga menawarkan beberapa aroma yang berbeza termasuk Lavender, Pure Palm dan Peach Orchads.
So, cuci dosa pun ada pilihan aroma juga wei.
Produk tersbeut telah mendapat banyak kecaman daripada ramai pihak. Dan Bushiri menyatakan namanya telah dipergunakan.
“The soap, dubbed the Lion of Judah Soap, aka Bushiri Soap, is said to be able to cleanse one of their sins so long as it is used on a daily basis. The soap comes in a multitude of scents, including lavender and peach.”https://t.co/kt9Juwa2g1
— George from Schaghticoke (@baptistgreek) February 25, 2020
Dia sudah membuat penafian akan perkara itu. Bushiri sebelum ini dikaitkan dengan alat ujian kehamilan dari syurga.
Ia telah mendapat kecaman juga. Dan tidak dapat dipastikan sama ada ianya percuma ataupun tidak diberikan kepada pengikut Bushiri.
Bushiri dalam kenyataan rasminya mengutuk pihak yang menjual sabun itu. Namun tak pasti pihak mana. Apa yang pasti sabun itu sudah berada di pasaran.
Macam macam mereka ni.