Di Mana 3 Pemain Siam Ditandatangani City 2007 Yang Nafi Pakai Kabel Thaksin

Pada 2007, Manchester City dimiliki oleh Taikun Perniagaan dari Thailand yang juga Perdana Menteri ketika itu, Thaksin Shinawatra.

Thaksin telah membeli pasukan Manchester City dalam usaha untuk menaikkan The Citizen menjadi ‘world domination’.

Inilah permulaan kepada perbelanjaan mega di Man City, walaupun tidak sebesar perbelanjaan era pemilikan pak Arab selepas itu.

Namun malang sekali, cita-cita besar Thaksin itu tidak menjadi kenyataan malah beliau sendiri digulingkan di Thailand.

Thaksin Shinawatra telah melantik Sven-Goran Eriksson untuk menguruskan pasukan dan menyediakan dana untuk mendapatkan pemain yang sedap ketika itu termasuklah Elano, Rolando Bianchi dan Geovanni.

“Sasaran aku dengan pasukan bola sepak ini sangat ambitious untuk memastikan kedudukan Manchester City sebagai salah satu pasukan yang mempunyai jenama besar dalam bola sepak.” Ujar Thaksin yang merupakan seorang ahli politik.

Setahun selepas menjadi pemilik, Thaksin Shinawatra telah menjual Manchester City kepada saudagar minyak Arab, Sheikh Mansour yang tidak pernah menyatakan manifesto tetapi membawa City menjadi pencabar dan seterusnya juara Premier League.

Pada 2011 Sheikh Sven-Goran Eriksson yang hanya semusim bersama City telah mengutuk Thaksin :

“Beliau tak faham bola sepak dan tak tahu menda pun. Beliau fikir dapat menewaskan Manchester United 2 kali setahun adalah normal.”

https://twitter.com/chonburi_fc/status/1225010191604703233

Manchester City telah membelanjakan £40 juta pada musim panas 2007 tetapi ramai penyokong Citizen tidak mengetahui dan tidak mendengar berita mengenai ketibaan 3 pemain Thailand yang menyertai City pada waktu itu.

Mungkin kerana mereka bertiga ini tidak pernah bermain perlawanan kompetitif ataupun tidak layak untuk mendapatkan permit bermain di England.

Tiga pemain tersebut ialah:

1. Teerasil Dangda
2. Kiatprawut Saiwaeo
3. Suree Sukha

Ketika itu peminat Thailand teruja habis melihat bintang lokal mereka beraksi di liga paling popular di dunia.

Namun ianya sekadar kegembiraan sebentar. Ini kerana ketiga-tiga pemain ini hanya membuat satu penampilan sahaja apabila bermain dalam perlawanan persahabatan menentang Thai League All-Stars XI selepas musim tamat (post season bukan pre season).

Selepas aksi tersebut, ketiga tiga mereka dihantar pulang ke Thailand.

\

 

Jadi, di manakah 3 mamat Siam ini sekarang?

1. Teerasil Dangda

Dangda yang berwajah Duta S07 ini sebenarnya, paling berjaya di antara mereka. Walaupun impian EPL beliau tak pernah terlaksana, namun dia beraksi di pentas tertinggi di Asia – sama ada untuk negaranya ataupun di peringkat kelab.

Selepas menandatangani kontrak dengan Man City, beliau dipinjamkan ke kelab Grasshoppers. Namun gagal menjadi pemain utama. Tidak lama kemudian Dangda kembali ke Thailand menyertai Raj Pracha.

Teerasil Dangda kemudian menyertai Muangthong United padan 2009, dan memenangi banyak trofi bersama dengan mereka. 4 kejuaraan Liga Thai, dan 3 Piala FA Thailand.

Ketika di Muangthong, beliau beraksi dengan dua bekas bintang Liga Perdana Inggeris, iaitu Robbie Fowler dan Jay Bothroyd.

Dangda kembali semula ke Eropah pada 2013 menyertai Atletico Madrid. Namun hanya 2 minggu sahaja dia pulang semula.

Dan kini Teerasil Dangda bermain untuk salah satu liga terbaik di Asia iaitu Shimizu S-Pulse di Jepun. Lebih manis, beliau menjadi kapitan negaranya dengan menjaringkan 45 gol daripada 104 penampilan.

2. Kiatprawut Saiwaeo

Saiweo pemain yang sudah bersara pada usianya 32 tahun. Namun sebab persaraannya adalah agak menyayat hati – kerana masalah kecederaan lutut.

Bermain di posisi bek tengah. Saiweo dihantar secara pinjaman ke kelab gergasi Belgium iaitu Club Brugge pada 2008. Namun sama seperti Teerasil Dangda, beliau tak pernah menjadi pemain utama.

City melepaskan beliau secara percuma dan kemudian dia menyerta Chonburi , Chiangrai United serta Police Tero. Saiweo ada 36 kaps untuk negaranya.

3. Suree Sukha

Sukha menyertai Dangda untuk terus dipinjamkan ke Grasshoppers sejurus selepas tiba di City.

Sukha juga gagal membuat sebarang penampilan tunggal untuk pasukan utama untuk kelab yang berpangkalan di Switzerland itu.

Pemain pertahanan itu kemudian mengikuti Saiwaeo ke Chonburi, membuat 115 penampilan untuk pasukan Thailand, dan kemudian menandatangani kontrak dengan Buriram United.

Sukha membantu Buriram memenangi gelaran Liga Perdana Thailand tiga musim berturut-turut. Dia juga memenangi Piala FA Thailand, Piala Liga Thailand, Piala Premier Toyota, Kor Royal Cup dan Mekong Club Championship bersama Buriram.

Embed from Getty Images

Sukha mewakili suarah mereka bertiga,  dengan lantang mengecam pandangan pihak yang menuduh bahawa ketiga-tiga mereka menandatangani kontrak untuk City atas alasan dan kabel politik. Sebaliknya dia percaya kesemua mereka ditandatangani City atas sebab bola sepak dan bukannya kerana Thaksin.

Sukha percaya pegawai scouting Man City sendiri yang memantau bakat mereka selama ini.

Sukha dengan sukanya menambah:

“Suka saya katakan di sini, saya percaya pada diri sendiri, saya percaya saya dapat melakukannya, ini tidak ada kaitan dengan politik,” kata Sukha.

Namun, agak sukar untuk kita percaya kenyataan itu. Kerana jelas sekali selepas Thaksin pergi, 3 pemain itu langsung tidak ada dalam perancangan City.

Baca yang lain