Angel Di Maria mendedahkan beberapa siri ugutan bunuh yang dia dan keluarganya – yang membuatkan dia membatalkan niatnya untuk kembali semula ke Rosario Central. Di Maria sebelum ini merancang untuk kembali ke kelab zaman kanak kanaknya, Rosario Central. Namun niat itu terpaksa dilupakan kerana menerima banyak sekali ugutan.
Legenda Argentina berusia 36 tahun itu bersara daripada bola sepak antarabangsa selepas Copa America, di mana dia membantu negaranya menjadi juara sekali lagi. Pada Mac, dia dengan berbesar hati memberikan bayangan bahawa dia mahu kembali ke Rosario Central untuk fasa akhir kariernya. Dengan menerima pengurangan gaji. Dia menerima sedia menerima gaji jauh lebih rendah daripada apa yang ditawarkan beberapa kelab eropah kepadanya.
Namun apa yang mengejutkan, Di Maria tiba tiba membisu tentang kepulangan semula itu. Dan dia akhirnya mendedahkan sebab di sebalik semua itu. Ianya kerana dia diancam dengan ugutan. Baru baru ini dia dihantar kepala babi di depan pagar rumahnya dengan ada peluru di dahi kepala babi itu.
Menurut Di Maria, itu mesej daripada penjenyah yang mahu menembaknya di kepala. Kemudian ugutan lain diterima ahli keluarganya. kakaknya turut menerima bungkusan dengan mesej ugutan. Anak perempuan Di Maria turut menerima ancaman yang sama. Laporan polis sudah dibuat. Namun apa yang mengejutkan Angel Di Maria, polis tempatan di kawasan Datuk Bandar Maximiliano Pullaro tidak boleh memberikan jaminan keselamatan kepada Di Maria dan ahli keluarganya.
Ramai yang tidak senang dengan tindakan Di Maria mahu menyertai kelab Rosario Central yang dia pernah tinggalkan 17 tahun yang lalu. Bercakap kepada Rosario Canal 3, Di Maria berkata: “Ugutan disasarkan pada ibu bapa saya. Ianya dilihat oleh orang ramai, kemudian di rumah kakak saya, namun abang ipar saya tak nak buat laporan polis kerana takut.
“Semua itu benar benar teruk, kami cuba boleh duduk di dalam rumah dan menangis setiap malam kerana tidak dapat melaksanakan impian ini [untuk kembali ke Rosario Central].
“Kepada mereka yang tak faham situasi, mereka tidak meletakkan diri mereka di tempat kami untuk sesaat pun. Sangat mudah untuk mengecam seseorang di media sosial tanpa kamu tahu situasi sebenar mereka.”
“Ketika itu saya berada di Amerika Syarikat bersama dengan skuad kebangsaan dan saya beritahu kelab Rosario, adalah mustahil untuk saya kembali. Saya ingat, sehari kemudian, Gonzalo Belloso mesej saya dan bertanya tentang keadaan keluarga saya.
“Dan saya beritahu dia: ‘Hentikanlah, saya tak akan kembali ke Rosario dengan keadaan macam ini. Mereka dah sentuh keluarga saya dan saya tak akan benarkan perkara seperti ini berlaku.”
⚽️ Ángel Di María eligió al periodista Juan Pedro Aleart para aclarar todos los temas que hoy lo ponen en el centro de la escena en Rosario y en todo el país, tras confirmar su decisión de no volver a Central.
🗣️ "Estaba en Estados Unidos con la Selección y ahí dije que era… pic.twitter.com/qTKAEj6N9I
— De12a14 (@De12a14) July 30, 2024
Di Maria meninggalkan Benfica pada selepas tamat musim lalu. Dan dia ketika ini masih berharap akan dapat kelab baharu di Argentina.