Di Maria Ingatkan CR7 Bahawa GOAT Sebenar Adalah Messi

Angel Di Maria tidak setuju dengan Cristiano Ronaldo yang mendakwa dirinya GOAT, pemain paling lengkap dalam sejarah.

Penyerang Al Nassr, Cristiano Ronaldo, telah mengklaim bahawa dia adalah pemain paling lengkap dalam sejarah bola sepak.

Ronaldo bercakap dalam temu bual baru-baru ini dengan Edu Aguirre, wartawan dari ‘El Chiringuito’.

Ditanya sama ada dia fikir dia adalah pemain bola sepak terbaik, Ronaldo berkata, ya! menang dia adalah pemain yang lengkap.

Kapten Portugal itu bagaimanapun mengakui bahawa sesetengah orang mungkin lebih suka pemain seperti Lionel Messi, Pele dan Diego Maradona. Namun dia menghormati pilihan mereka.

“Saya pemain paling lengkap yang pernah ada. Untuk mengatakan bahawa Cristiano tidak lengkap adalah satu pembohongan,” kata Ronaldo.

“Anda mungkin lebih suka Pele, Messi, Maradona, saya faham dan menghormatinya.”

“Saya melakukan segala-galanya dalam bola sepak. Saya bermain dengan baik dengan kepala saya, saya mengambil sepakan percuma yang baik, saya mampu menggunakan kaki kiri, kaki kanan, saya kuat.

“Untuk mengatakan bahawa Cristiano tidak lengkap adalah satu pembohongan, saya yang paling lengkap,” tambahnya lagi.

Namun Di Maria mengingatkan Ronaldo bahawa, Lionel Messi sudah mengalahkannya dalam banyak aspek. Terutama sekali dari segi jumlah Ballon d’Or, Piala Dunia serta 2 trofi kejohanan serantau – Copa America.

Di Maria akui dia tidak terkejut dengan Ronaldo yang mendakwa dirinya GOAT. Kerana dia sudah kenal pemain itu di Real Madrid lagi.

Di Maria memberitahu wartawan: “Ianya bukan perkara mengejutkan saya. Saya bermain bersamanya di Real Madrid selama 4 tahun. Dia sentiasa macam ini, berusaha menjadi yang terbaik.

Malangnya buat Ronaldo, dia bermain pada era Messi yang merupakan GOAT sebenar, kata Di Maria.

“Namun malang untuk dia, sebab dia lahir pada era yang salah. Kerana ada seorang lagi yang terpilih.

“Realiti terakhir adalah catatan angka. Seorang ada 8 Ballon d’Or, yang seorang lagi cuma ada 5. Ianya sangat berbeza. Dan kemudian, Messi sudah memenangi Piala Dunia, yang memberikan perbezaan sangat besar. Dan Messi juga ada 2 lagi trofi Copa America.

“Pada pendapat saya tiada ragu lagi, Lionel Messi adalah pemain terbaik dalam sejarah bola sepak (GOAT).”

Di Maria dan Messi masing masing menjadi legenda hidup untuk negara mereka.  Kedua duanya menjadi nadi penting untuk Argentina terutama sekali pada era Scaloni yang memenangi banyak trofi antarabangsa.

Paling manis pastinya Piala Dunia 2022. Di mana kedua duanya memainkan peranan sangat signifikan untuk membantu Argentina menamatkan kemarau kejuaraan Piala Dunia mereka.