Pemain sayap Paris Saint-Germain, Angel Di Maria nampaknya tidak segan silu mengkritik Mauricio Pochettino di sebalik berita bahawa pengurus itu bakal dipecat dalam masa terdekat.
Di Maria malah menilai Lionel Messi akan lebih baik dengan PSG tanpa Mauricio Pochettino. Di Maria dengan Messi menikmati musim antarabangsa yang sangat cemerlang dalam beberapa bulan terakhir ini.
Mereka menjadi juara Copa America dan terbaru menjadi juara Finalissima.
Di Maria dan Messi merupakan dua tonggak Argentina dalam kedua dua kejayaan tersebut malah menjadi instrumental penting.
Di Maria: Messi akan jadi lebih padu
Angel Di Maria membuat kenyataannya sebagai menjawab khabar angin mengenai pemecatan Mauricio Pochettino dari Paris Saint-Germain yang bertiup kencang.
“Nampaknya mereka juga mahu jurulatih (Mauricio Pochettino) meninggalkan kelab,” kata Angel Di Maria kepada TyC Sports.
“Akan ada perubahan yang sangat besar, tetapi saya rasa Lionel Messi tahu bagaimana untuk memahaminya.”
“Ini sebenarnya akan membantu dia menjadi lebih baik di Paris Saint-Germain musim depan.”
“Saya fikir ia akan bermula dengan baik kerana dia akhirnya menjaringkan gol dan memberikan bantuan gol yang banyak.”
“Dia berasa sangat selesa dan semakin banyak menyesuaikan diri dengan kelab,” kata Angel Di Maria.
Paris Saint-Germain dilaporkan sedang memuktamadkan proses memecat Mauricio Pochettino dalam masa terdekat.
Mauricio Pochettino masih terikat kontrak dengan Paris Saint-Germain sehingga akhir musim depan.
Bagaimanapun, spekulasi mengenai masa depan Pochettino telah meningkat sejak PSG tersingkir daripada Liga Juara-Juara 2021-2022.
PSG serius nak pecat Pochettino
Nasser Al Khelaifi tidak gembira dengan kegagalan tersebut kerana Pochettino sudah diberikan Lionel Messi dan ramai bintang dalam pasukan PSG.
Menurut pakar perpindahan bola sepak terkenal, Fabrizio Romano, PSG perlu mengadakan satu lagi pertemuan untuk membuat keputusan rasmi.
Pochettino sebelum ini pernah mendesak perpindahan ke Manchester United namun tidak dapat direalisasikan kerana kelab itu mahu melantik interim terlebih dahulu.
Pochettino pula mahukan jawatan tetap. Hal menjadi lebih rumit apabila PSG memutuskan tidak mahu melepaskan Pochettino kerana masa itu Zidane tidak berminat ke PSG.
Dan sekarang ini Pochettino mahu terus kekal di PSG dan sedia untuk meneruskan cabaran memburu UCL bersama kelab itu pada musim baharu.
UCL merupakan keutamaan PSG. Kerana Nasser Al Khelaifi tidak mahu PSG cuma menjadi jaguh kampung.
Selain pemecatan pengurus dari Argentina itu, pengarah sukan PSG, Leonardo, juga akan mengalami nasib yang sama.
“PSG memang mahu memecat Pochettino dalam beberapa hari akan datang,” tulis Fabrizio Romano di Twitter.
Paris Saint-Germain are oriented to sacking Mauricio Pochettino in the coming days. One more meeting is needed to make official decision – it will take place once Nasser Al Khelaifi's back. 🚨🇦🇷 #PSG
Leonardo's departure will be announced very soon, with Campos set to join PSG. pic.twitter.com/S7JYf5bNuL
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) June 3, 2022
“Satu lagi mesyuarat diperlukan untuk membuat keputusan rasmi, ia akan berlaku sebaik sahaja Nasser Al Khelaifi kembali.”
“Pemergian Leonardo akan diumumkan tidak lama lagi, dengan (Luis) Campos menyertai PSG,” tambah Romano.
Kemudian Fabrizio Romano menegaskan bahawa proses pemecatan itu semakin hampir.
Paris Saint-Germain are finally prepared to announce Mauricio Pochettino and Leonardo's departure. Nasser Al-Khelaifi will be ready for final meetings in order to decide the new manager. ⚠️🇫🇷 #PSG
Immediately after that, Luis Campos will officially join the club.
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) June 4, 2022
Rancangan untuk memecat Pochettino dan Leonardo tidak dapat dipisahkan daripada prestasi kurang memuaskan PSG pada musim 2021/2022.
Selepas berjaya mendapatkan ramai pemain berstatus bintang pada permulaan musim, PSG hanya mampu memenangi satu trofi Liga Perancis.
Gelaran Liga Perancis memang tidak mencukupi untuk memenuhi hasrat peminat yang mendambakan trofi Liga Juara-Juara.
PSG buat masa ini masih gagal menjadi kelab elit eropah menerusi status liga Ligue 1 yang pernah terkeluar dari senarai 5 liga utama Eropah pada awal musim. Mujur mereka berjaya mendapatkan kembali status itu.
Seterusnya, ketiadaan UCL dalam kabinet mereka seringkali dianggap sebagai bukti PSG bukanlah kelab elit eropah, dan hanya menjadi lubuk duit para pemain.
Lebih perit mereka disingkirkan Real Madrid daripada pusingan 16 akhir. Ketika itu Nasser Al Khelaifi memang bengang dengan Madrid dan Perez yang berterusan cuba memujuk Mbappe menyertai mereka.
Dan pada masa itu juga Mbappe dikatakan memang sudah memutuskan mahu ke Real Madrid.
Selain itu Nasser dan Perez tidak sehaluan dalam hal Liga Super Eropah.