Di Maria Umum Persaraan Antarabangsa

Salah seorang pemain paling penting dalam sejarah bola sepak moden Argentina, Angel Di Maria mengumumkan perasaannya daripada peringkat antarabangsa selepas Copa America yang akan datang.

Pemain itu mengesahkan bahawa, aksi menentang Brazil sebagai aksi terakhirnya untuk Argentina bagi pusingan kelayakan Piala Dunia. Dan dia akan fokus kepada kariernya bersama kelab

Dia menjadi penjaring kemenangan ketika Argentina menjuarai Copa America 2021 – menamatkan penantian trofi era kapitan Lionel Messi.

Dan dia menjaringkan gol dalam aksi final Piala Dunia 2022, di mana Argentina menjadi juara pada ketika itu.

Di Maria dianggap pemain penting kerana seringkali menunjukkan prestasi luar biasa dalam perlawanan besar untuk skuad kebangsaan negaranya.

Dia akhirnya memutuskan untuk menamatkan karier antarabangsanya yang dia anggap sebagai perjalanan yang indah.

Di Maria berkata: “Copa America akan menjadi yang terakhir kalinya saya memakai jersi Argentina. Dengan rasa sakit di dalam jiwa saya, saya mengucapkan selamat tinggal kepada perkara paling indah yang terjadi di dalam karier, memakai jersi, berkeringat dengannya, dan menikmatinya dengan penuh kebanggaan.”

Argentina akan tampil sebagai juara bertahan dalam edisi Copa America 2024 yang akan datang – yang akan diadakan di Amerika Syarikat.

Ia juga mungkin akan menjadi Copa America terakhir buat beberapa pemain lagi seperti Lionel Messi.