Ayah kepada Son Heung Min memang dikenali sebagai seorang yang tegas. Dia merupakan individu penting di sebalik kejayaan anaknya.
Son Heung Min bukanlah nama asing bagi peminat bola sepak.
Beliau kini bermain dalam liga paling popular di dunia, Liga Perdana Inggeris bersama pasukan big six – Tottenham Hotspur.
Dan baru baru ini dia menerima anugerah tertinggi dalam bidang sukan di Korea Selatan iaitu Pingat Cheongyong.
🏅 Heung Min Son honored with the Cheongnyong Medal, the highest sports award in South Korea.#heungminson#Tottenham
pic.twitter.com/3Nt4JdmWan— TRANSFER BARONU (@superleage) June 4, 2022
Ianya sebagai mengenang jasa dan kejayaan Son dalam bola sepak Korea Selatan. Dia menjadi pemain Asia pertama memenangi kasut emas EPL pada musim 2021/22.
Having claimed the Best Footballer in Asia award for the 7th time in his career earlier this year, @SpursOfficial star @Sonny7 was presented with his trophy late last week – just days before he added the @premierleague golden boot to his cabinet! pic.twitter.com/E7w1H2RpeW
— ESPN Asia (@ESPNAsia) May 23, 2022
Sejarah karier
Son mendedahkan, beliau mulai menjadi sangat minat ke atas bola sepak pada usia 10 tahun, ketika beliau dan abangnya Heung-yun bermain bola bersama sama.
Akhirnya bola sepak melekat dalam dirinya dan menjadi sebahagian penting dalam hidupnya. Hari ini Son Heung Min menjadi sebahagian penting daripada sejarah bola sepak Korea Selatan.
Son kemudian berkongsi jurulatihnya ketika masih kanak kanak adalah ayahnya sendiri. Ayahnya Son Woong-jung merupakan bekas pemain bola sepak profesional Korea Selatan.
Ayahnya sangat tegas dan pernah meminta Son dan abangnya untuk menimang bola selama 4 jam.
“Selepas 3 jam saya dan abang menimang bola, mata saya mulai melihat 3 bola dan lantai nampak merah dari pandangan mata saya.”
“Bayangkan dia suruh kami timang bola 4 jam tanpa jatuh. Ianya sangat sukar kan?”
Jadi adakah dia pernah menimang bola 4 jam? Son berkata: “Mustahil! Sekali pun mimpi nak buatnya.”
Ayahnya juga melatih pemain lain. Dia pernah mengarahkan semua pemain menimang bola 40 minit. Ia bukannya mudah.
“Saya ketika itu 10 atau 12 tahun, masa tu ayah datang ke sekolah untuk melatih kami dalam 15-20 orang pemain.”
“Ayah meminta kesemua pemain menimang bola 40 minit. Apabila pemain lain terjatuh bola, ayah ok je, tetapi setiap kali bola terjatuh dari kaki saya, dia membuatkan kami semua bermula dari awal lagi.”
https://youtu.be/LqMTo0FhfSA
“Pemain lain masa tu faham kenapa dia keras dengan saya, sebab saya anak dia. Namun sekarang ini bila imbas balik, saya rasa dia melakukan perkara yang betul.”
Son sangat menyayangi ayahnya. Dari sudut seorang pemain dan jurulatih, bagi Son ayahnya sangat tegas dan menakutkan.
“Dia coach yang tegas, dan sangat menakutkan. Suara dia pun menyeramkan.”
Menurut Son, di Korea Selatan, ayah adalah simbol ‘undang undang’ dalam keluarga, dan beliau sama seperti kanak kanak Korea yang lain, patuh dan ‘takut’.
“Tanpa ayah saya, saya tak akan mencapai apa yang ada pada hari ini, begitu juga dengan jurulatih jurulatih sepanjang karier saya.”
Seorang pemain yang prihatin
Son menganggap Mauricio Pochettino sebagai pengurus yang paling penting dalam kariernya setakat ini. Membantunya meningkatkan kualiti dan kemudian keyakinan diri di atas padang.
Ada satu insiden di mana Son Heung Min menangis melihat lawannya yang cedera dan dia menerima kad merah tanpa banyak soal – meskipun dia tidak melakukan kesalahan. Itu lebih kepada kemalangan.
“Ayah saya memberitahu saya ketika saya masih muda bahawa jika saya di depan gawang tetapi lawan jatuh dan tercedera, saya harus mengeluarkan bola dan memeriksa lawan.”
“Kerana jika anda seorang pemain bola sepak yang baik tetapi tidak tahu menghormati orang lain, anda bukan siapa-siapa.”
“Dia masih mengatakan itu kepada saya. Kadang-kadang sukar tetapi kita adalah manusia sebelum kita menjadi pemain bola. ”
“Kita harus saling menghormati. Di padang, di luar padang – mengapa harus berbeza? ”
Son juga seorang pemain yang baik hati, dia banyak terlibat dalam aktiviti kebajikan.
Membuatkannya disayangi ramai orang.
Ayah Son: Pendirian saya masih sama, dia belum bertaraf dunia
Walaupun segala pencapaiannya yang ada, ayahnya tidak pernah melabel anaknya sebagai pemain bertaraf dunia.
Dan dia sentiasa mahu Son Heung Min terus meningkatkan keupayaannya dari semasa ke semasa.
Despite Son Heung-min's status as one of the world's top footballers and his recent Golden Boot award, his father Son Woong-jung says his son is "still not world class" 😭😭😭https://t.co/LHiN5CyOrj
— Raphael Rashid (@koryodynasty) June 11, 2022
Son Heung-min mencapai puncak kariernya setakat ini selepas menjaringkan 23 gol untuk Tottenham Hotspur pada musim Liga Perdana 2021-22 untuk memenangi anugerah Kasut Emas. Tiada pemain Asia pernah melakukannya dalam mana-mana lima liga bola sepak utama Eropah.
Transfermarkt.com menilai harga perpindahan Son pada 80 juta euro.
Namun, Son Woong-jung tetap tenang dalam menilai anaknya. “Dia (Son Heung-min) mesti bekerja lebih keras dan membuat lebih banyak kemajuan,” katanya.
“Jika dia berpuas hati dengan apa yang dia capai sekarang, krisis sedang menghampirinya. Dia mesti sentiasa cuba melakukan yang lebih baik untuk kekal dalam prestasi terbaik, bukankah anda fikir begitu? Daripada gembira untuk kekal di tempatnya, saya sentiasa mahu dia menjadi 10 peratus lebih baik.”
Son Woong-jung berkata pada 2018 bahawa dia tidak pernah menganggap anaknya adalah pemain bertaraf dunia, walaupun Son Heung-min sudah pun menjadi penyerang elit dalam Liga Perdana Inggeris pada musim itu. Dan empat tahun kemudian, ayah masih tidak berubah fikiran.
“Dia mesti boleh memainkan peranan yang mantap dalam salah satu kelab terkemuka dunia. Ketika itulah dia akan menjadi pemain bertaraf dunia,” kata Son Woong-jung kepada pemberita.
Despite Son Heung-min's status as one of the world's top footballers and his recent Golden Boot award, his father Son Woong-jung says his son is "still not world class" 😭😭😭https://t.co/LHiN5CyOrj
— Raphael Rashid (@koryodynasty) June 11, 2022
“Seperti yang saya katakan sebelum ini, dia mesti melakukan 10 peratus lebih baik di setiap bahagian depan untuk mencapai matlamat itu.”
Son Woong-jung berkata anugerah Kasut Emas membuatkan dia risau tentang anaknya.
“Dia (Son Heung-min) menjaringkan banyak gol tahun ini, tetapi ia tidak bermakna dia akan melakukan perkara yang sama tahun depan. Hanya mereka yang kekal bersedia boleh bertahan dalam kesukaran akan mampu melakukannya. Dia mesti menghadapi segala-galanya dengan fikiran yang berhati-hati dan boleh tidak boleh terlalu bangga,” kata Son Woong-jung.
웅정옹 피셜 흥미니는 아직도 월클이 아닌,,,😂 pic.twitter.com/r5JvBg8zc2
— 코코볼 (@lovehimhm) June 11, 2022