Di Nepal, Penumpang Membantu Menolak Kapal Terbang Yang Pancit

Video yang sangat luar biasa dan rare di mana penumpang kapal terbang menolak pesawat dari landasan menjadi tular di internet.

Kita biasa melihat ataupun kita sendiri yang menolong menolak kerana atau motosikal yang rosak.

Namun untuk kes menolak kapal terbang ni, memang perkara yang sukar untuk kita fikirkan.

Penumpang ini di lapangan terbang di Nepal dirakam menolak pesawat Tara Air kerana tayarnya pancit dan tidak boleh bergerak.

Menurut Nepal News, tayar belakang pesawat itu pecah ketika mendarat di Lapangan Terbang Bajura di Kolti, yang menyebabkan ia tidak dapat bergerak dari landasan.

Pesawat itu hendak mendarat di lapangan terbang apabila tayar belakangnya pecah. Walaupun juruterbang dapat membuat pendaratan kecemasan untuk mendaratkan pesawat dengan selamat, dia tidak dapat mengalihkannya dari landasan.

Insiden itu menyebabkan kelewatan di lapangan terbang kerana sebuah pesawat lain yang terbang di atas tidak dapat mendarat kerana laluan teksi telah disekat oleh pesawat yang terkandas.

Ketika itulah penumpang dan kakitangan lapangan terbang melangkah masuk untuk membantu menyelesaikan masalah itu dengan segera.

Rakaman kejadian ini telah dikongsi di Twitter dan YouTube.

Rakaman itu menunjukkan sekumpulan kira-kira 20 orang bekerja bersama-sama untuk memindahkan kapal terbang dari landasan. Ini untuk membantu agar penumpang dari pesawat lain dapat mendarat lebih awal.

Dan pada masa yang sama membantu pesawat lain yang mahu berlepas menggunakan trek tersebut.

“Mungkin hanya di Nepal kita (diterjemahkan dari bahasa Nepal)” tulis seorang pengguna Twitter sambil berkongsi video di platform microblogging.

Video tersebut telah menjadi tular dengan lebih 50k tontonan dan beberapa reaksi. Walaupun sesetengah netizen bimbang tentang keselamatan penumpang, yang lain mengulas bagaimana pihak berkuasa perlu melakukan pemeriksaan yang lebih teliti sebelum menerbangkan pesawat.

Netizen Nepal sendiri ramai meluahkan perasaan mereka di media sosial. Agar dunia tahu bahawa di beberapa tempat, lapangan terbang dan pesawat mereka sangat teruk dan berisiko.

Namun ada di antara mereka yang tiada pilihan lain.

Ada juga yang menyebut betapa baik hati dan kuatnya warga Nepal sehingga membantu menolak kapal terbang.

Ada juga yang meminta syarikat penerbangan besar yang lain untuk mengambil juruterbang tersebut yang ternyata sangat cekap mendaratkan kapal terbang yang tayarnya pancit itu.

Saksikan rakaman itu di sini:

Power bukan?