Di Nigeria Pegawai Pengsan Dan Diberikan CPR Ketika Diminta Menjelaskan Dana Awam

Terdapat sesuatu yang pelik tentang tentang iklim politik Nigeria dan perbicaraan rasuah. Di mana ianya seringkali menyebabkan pegawai awam pengsan mengejut.

Laporan oleh Humangle Media, menyatakan, sejak 2005, sekurang-kurangnya lapan daripada insiden sedemikian telah direkodkanㅡ dan enam sejak 2018.

Selain tidak sedarkan diri, terdapat pegawai awam yang hadir ke mahkamah dengan menggunakan kerusi roda atau tongkat secara tiba tiba. Walaupun  hari sebelumnya sihat walafiat.

Sebagai contoh,  bekas Pengerusi Kebangsaan Parti Demokratik Rakyat (PDP), Haliru Mohammed, dan bekas Ketua Pengarah Agensi Pentadbiran dan Keselamatan Maritim Nigeria (NIMASA) Patrick Akpobolokemi, pada 2016; dan bekas Pegawai Jeneral Memerintah 8 Divisyen Tentera Nigeria, Mejar Jeneral Hakeem Otiki, pada 2019.

Sementara itu, berikut ialah garis masa kes pegawai awam pengsan, tepat pada masanya untuk digantung atau ditangguhkan perbicaraan mereka, atau untuk mengganggu proses seterusnya.

Jun 2005: Tafa Balogun

Bekas Ketua Polis Negara, Tafa Balogun, dihadapkan atas tuduhan menggelapkan lebih N100 juta (RM1.06 juta) oleh Suruhanjaya Jenayah Ekonomi dan Kewangan (EFCC – Suruhanjaya Anti Rasuah).

Pada 2005, dia dijatuhi hukuman penjara enam bulan selepas mengaku bersalah gagal mengisytiharkan hartanya dan pengubahan wang haram.

Menurut satu laporan, semasa prosiding pada 29 Jun tahun itu, “Tafa Balogun rebah dari tempat duduknya di Mahkamah Tinggi Abuja, Wuse, mengetap gigi, menggeggam penumbuk dan kesakitan sebelum dia menjadi kaku. Walaupun matanya tertutup, dia diperhatikan bernafas dengan keadaan kejang.”

Balogun kemudian dibawa ke balai polis dan kenudian mendakwa diserang oleh pegawai EFCC.

Oktober 2016: Femi Fani-Kayode

Peguam dan bekas menteri penerbangan, Femi Fani-Kayode, tiba tiba terkulai dari tempat duduknya semasa dalam tahanan EFCC pada 22 Oktober 2016.

Menurut jurucakapnya, Jude Ndukwe, dia telah diselamatkan semula oleh pasukan perubatan di kemudahan EFCC.

Ndukwe berkata Fani-Kayode pada masa itu sedang menjalani terapi pemulihan berikutan penahanannya yang berpanjangan dan diserang secara fizikal oleh pegawai EFCC.

Bekas menteri itu telah dituduh menerima wang secara tidak sah daripada bekas Penasihat Keselamatan Negara (NSA) Nigeria, Sambo Dasuki.

Dia bukan sahaja terkenal kerana kes rasuah, tetapi pernah dituduh melakukan keganasan rumah tangga. Dan sekarang dia dah temui cinta hatinya yang baru atas dasar suka sama suka.

Mei 2018: Olisa Metuh

Bekas setiausaha publisiti kebangsaan Parti Demokratik Rakyat (PDP) telah diarahkan datang ke pejabat oleh EFCC pada Januari 2016 kerana didakwa menerima N400 juta (RM4.25 juta) daripada bekas NSA.

Pada mulanya, pada Januari 2018, dia tidak hadir untuk perbicaraan, menjelaskan bahawa dia telah dimasukkan ke Hospital Nnamdi Azikiwe di Negeri Anambra, tetapi hakim tidak percaya dengan alasannya.

Dua minggu kemudian, Metuh tiba di perkarangan mahkamah dengan menaiki ambulans. Pada bulan berikutnya, dia memohon kebenaran melancong ke luar negara atas alasan tidak sihat.

Pada 21 Mei 2018, dia “rebah” semasa menuju ke kandang tertuduh. Kesnya diteruskan pada Julai dan dia akhirnya disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara 39 tahun pada Februari 2020.

Julai 2018: Ayuh Fayose

Semasa pemilihan gabenor di Negeri Ekiti pada Julai 2018, gabenor, Ayodele Fayose, dilaporkan pengsan selepas pegawai polis menggeledah rumah kerajaan tempat dia tinggal.

Menurut jurucakap Fayose, Lere Olayinka, dia dibawa ke klinik kerajaan berdekatan untuk menerima rawatan selepas kejadian itu.

Kemudian pada hari itu, kerajaan bercakap kepada wartawan, tampil dengan pendakap leher dan anduh lengan.

Dia mengeluh bahawa dia ditembak oleh polis selepas mereka menerima arahan supaya dia dibunuh.

“Saya mengalami kesakitan yang teruk; Saya tidak boleh memusingkan leher ini lagi. Jika apa-apa berlaku kepada saya, Ketua Polis Negara harus bertanggungjawab,” katanya yang terkenal dengan tabiat meraih simpati sambil menangis.

Disember 2018: Rita Ofili-Ajumogobia

Bekas hakim mahkamah tinggi persekutuan, Hakim Rita Ofili-Ajumobogia, pada 14 Disember 2018, rebah beberapa minit sebelum permulaan perbicaraannya. Dia kemudian dikejarkan ke hospital dengan ambulans mahkamah.

Dia telah dihadapkan oleh EFCC di hadapan Mahkamah Tinggi Ikeja untuk pertuduhan yang berkaitan dengan penyelewengan wang keadilan, yang menyalahi undang-undang, dan pemalsuan dokumen.

Januari 2019: Dino Melaye

Bekas senator, Dino Melaye, dilaporkan “pengsan di kediamannya dan ibu pejabat Skuad Anti Rompak Khas (SARS)” pada 4 Januari 2019, beberapa hari selepas polis mengepung rumahnya atas dakwaan konspirasi jenayah dan pembunuhan.

Beberapa hari kemudian, dia enggan meninggalkan katil hospitalnya ke mahkamah di Lokoja.

Ia bukan persembahan dramatik pertama Melaye berkaitan perbicaraan jenayah. Dia pada Mei 2018 hadir di mahkamah dengan pengusung selepas dia didakwa cuba melarikan diri daripada ditahan.

Melaye terikat pada pengusung ketika dia dibawa masuk ke bilik mahkamah Abuja pada 2 Mei 2018.

Julai 2020 – Kemebradikumo Pondei

Ini adalah antara yang paling dramatik. Siapa ada yang melakukan CPR lagi, pernfasan mulut ke mulut.

Pemangku Pengarah Urusan Niger Delta Development Commission (NDDC), Professor Kemebradikumo Pondei, telah pengsan mengejut ketika perbicaraan penyelewengan wang rakyat.

Mahkamah meminta dia menjelaskan butiran perbelanjaan lebihan yang melibatkan dana N82.5 billion (RM880 juta).

Ketika hakim memintanya untuk menjelaskan tentang wang itu, dia tiba tiba tak sedarkan diri dengan matanya terbeliak.

Dia merupakan pegawai lantikan presiden Buhari. Dan kes dia masih belum selesai lagi. Di mana beberapa siri perbicaraan ditunda kerana pandemik.

Namun dia sudah dipecat oleh Buhari daripada jawatan di sektor awam.

Seterusnya pada Disember 2020, Abdulrasheed Maina pula pengsan kerana disiasat oleh suruhanjaya pencegah rasuah Nigeria.

Jadi tidak hairanlah ada page yang meminta rakyat Nigeria ingat elok elok peristiwa ini takut keluar dalam sesi temuduga.

Baca yang lain