Di Portugal berlaku perkara yang mungkin anda rasa aneh, apabila pembantu jurulatih dipilih sebagai Jurulatih Terbaik Bulanan Liga Portugal untuk Bulan Februari 2023.
Pembantu Jurulatih Vitoria SC, Joao Aroso telah dinobatkan sebagai jurulatih bulanan terbaik Liga Portugal.
Dia merupakan pembantu kepada João Miguel da Cunha Teixeira, yang dipanggil Moreno.
Oleh itu, ramai peminat terkeliru. Malah tertanya tanya, sama ada Aroso mewakili Moreno untuk mengambil anugerah itu? Jika ya, kenapa Moreno perlu menghantar wakil?
Kenapa bukan Moreno yang menang?
Ini kerana kelab tidak boleh menghantar nama Moreno untuk anugerah tersebut. Kerana pengendali itu dikatakan masih tidak menepati syarat kejurulatihan pro Eropah untuk menjadi ketua jurulatih.
Walaupun di kelabnya dia adalah ketua, namun di dalam organisasi lebih besar, Aroso adalah lebih tinggi darjat daripadanya.
João Aroso memenangi undian sebanyak 34.13%. Mengatasi Roger Schmidt dari Benfica, yang mendapat 31.75% undian dan Daniel Sousa dari Gil Vicente dengan 17.46% undian.
Vitoria berjaya melalui bulan Februari dengan cemerlang. Di mana mereka mencatatkan 3 kemenangan dan 1 seri. Salah satu kemenangan mereka adalah berdepan musuh tradisi, Braga.
O melhor treinador do mês da liga foi… um adjunto.
João Aroso, da equipa técnica de Moreno, venceu o prémio porque é o que tem o nível exigido para ser considerado "treinador principal" 🙃 pic.twitter.com/SMPAUc8E2r
— B24 (@B24PT) March 16, 2023
Namun sudah tentunya Aroso akan menyerahkan anugerah itu kepada Moreno apabila dia membawa anugerah itu ke kompleks kelab.
Sebenarnya, kejadian seperti ini bukan perkara yang baru di Portugal. Ini kerana, ketua jurulatih Sporting CP, Ruben Amorim sebelum ini turut tidak dapat memenangi anugerah itu kerana tak cukup syarat. Membuatkan pembantunya yang diumumkan sebagai jurulatih terbaik bulanan.