Jika sebelum ini ramai masyarakat bukan beragama Islam di Eropah dan Amerika Latin, agak persimistik tentang Qatar sebagai sebuah negara Islam.
Mereka menggambarkan Qatar sebagai negara yang sangat sukar dilawat kerana peraturan dan budaya. Selain undang undang negara tersebut yang berlandaskan hukum Islam.
Namun beberapa video tular di media sosial menunjukkan pengunjung yang bukan beragama Islam kini secara tak langsung mengenali malah mempelajari apa itu kehidupan masyarakat Islam di Qatar.
Masjid kini menjadi tumpuan penyokong dari luar negara yang bukan beragama Islam. Memang agak rare, kerana sebelum ini mereka biasanya berkumpul di pub atau bar. Oleh kerana Qatar tidak membenarkan penjualan alkohol, maka peminat bola sepak ini mencari cara lain untuk beriadah dengan cara lebih sihat dan lebih bersosial dengan masyarakat setempat.
Dalam video berdurasi 45 saat yang tular di media sosial, ia menggambarkan sebilangan penyokong pasukan dari pelbagai negara yang menyertai Piala Dunia 2022 berdiri di masjid untuk mendengar azan yang dikumandangkan oleh muadzin di salah sebuah masjid di Doha, Qatar. Masjid itu dipercayai Masjid Agung Katara.
Mereka sendiri tidak menyangka dibenarkan melawat tempat ibadat masyarakat Islam tersebut. Dengan mematuhi beberapa syarat tertentu yang berkaitan menghormati rumah ibadat.
Masjid Agung Katara atau Masjid Biru di Kampung Budaya Katara, Doha, Qatar merupakan antara masjid yang paling kerap dikunjungi penyokong Piala Dunia bukan Islam.
Ini selepas pengurusan masjid tersebut mengambil inisiatif mengalu alukan kedatangan pelancong walaupun mereka bukan beragama Islam.
Agensi Berita Al-Quran Antarabangsa, Iqna melaporkan, ramai warga asing khususnya bukan Islam berminat untuk mendengar laungan azan terutama sekali bagi mereka yang tidak pernah mendengar sendiri laungan azan depan mata.
Mereka rata rata terpersona dengan alunan tersebut. Malah turut bertanya maksud azan itu sendiri.
Fans of the #Qatar_World_Cup_2022 flock to the Katara Cultural Village Mosque to learn about Islam pic.twitter.com/1HLoGlOQYP
— Sarah (@Sarah199601) November 22, 2022
“Semasa Piala Dunia, malah menarik lebih ramai pelancong terutama warga asing bukan Islam yang ingin tahu tentang setiap azan. Ramai yang telah memasuki perkarangan masjid dan mengambil gambar peringatan,” tulis
Perkampungan Budaya Katara menerima ribuan pengunjung setiap hari. Malah, pengunjung terpaksa beratur untuk memasuki kawasan ini untuk melihat pelbagai aktiviti kesenian dan kebudayaan di Qatar.
Malah, Perkampungan Budaya Katara di Qatar turut menyediakan ruang menunggu berhampiran masjid dengan beberapa tulisan yang memperkenalkan agama Islam dengan informasi lain tentang negara Qatar.
#FIFA fans in #Qatar couldn't resist the Adhan and gathered inside Mosque to learn more about #Islam.#PakistanSentinel#FIFAWorldCup pic.twitter.com/OeTru2Zo6S
— Pakistan Sentinel (@SentinelPak) November 30, 2022
“Di ruang istirahat, pengunjung wanita asing boleh duduk dan minum teh dan kopi serta belajar mengenali tentang kehidupan sosial di Qatar dengan beberapa sukarelawan menjawab soalan mereka.”
“Matlamat penubuhan ruang khas berhampiran masjid ini adalah untuk memperkenalkan orang asing kepada budaya berpakaian, makanan dan minuman, adat resam dan tradisi Qatar, dan kebanyakan soalan mereka adalah mengenai hubungan sosial keluarga Qatar dan tradisi perkahwinan,” kata seorang sukarelawan Umm Ahmed yang dipetik dari Iqna.
“Persoalan sosial mereka kebanyakannya mengenai kehidupan seorang Muslim berdasarkan nilai-nilai Islam. Ramai pengunjung mengakui bahawa pandangan mereka tentang Islam dan umat Islam dicemari oleh banyak prasangka yang tidak wajar, tetapi berada di Qatar telah membantu mengubah pandangan mereka seratus lapan puluh darjah,” Umm Ahmed menambah.
Selain itu, masjid-masjid Qatar turut menyediakan beberapa pensyarah atau sukarelawan dari Pusat Tamu Qatar untuk menjawab sebarang pertanyaan pengunjung tentang Islam. Inisiatif itu benar benar dipuji oleh ramai pihak.
Ia secara tidak langsung membantu memerangi masalah Islamofobia di kalangan masyarakat barat. Terutama sekali mereka yang seringkali berpandangan serong tentang masjid sebagai pusat keganasan.
Kini mereka sendiri mengenali fungsi masjid yang ternyata sentiasa terbuka menerima pengunjung dan mereka yang memerlukan pertolongan tanpa mengenal bangsa dan agama sekalipun.
“Di pintu masuk masjid, terdapat pekerja dan pensyarah dari Pusat Tamu Qatar untuk memperkenalkan Islam. Mereka mengalu-alukan orang bukan Islam dan menjawab soalan dan pertanyaan mereka tentang masjid. Mereka juga mengatur untuk mereka masuk ke masjid selepas solat supaya orang ramai mengenali suasana di dalam masjid ,” tulis Iqna lagi.
#Qatar2022FIFAWorldCup while the world cup is ongoing none Muslims (fans from other countries) in their numbers visit mosques to learn and ask questions about islam others say they're being attracted by calling to prayers for the five daily prayers . pic.twitter.com/B8MWGxaS6D
— Fulani News Media (@fulaninewsmedia) November 30, 2022
Ramai juga peminat mulai menulis pengalaman mereka di media sosial dan menyatakan kekaguman mereka tentang keramahan masyarakat Qatar termasuk pihak masjid.
"Everything that has been on the media or Twitter, social media has been very far off exactly from what it is here."
Florida football fans have expressed admiration for Qatari hospitality and the Imam Muhammad bin Abdul Wahab Mosque, the largest mosque in Qatar pic.twitter.com/u774azxlUw
— TRT World (@trtworld) November 26, 2022