Di Singapura Durian Dilekat Kat Dinding Dijual SGD163,000 Sebelum GST Naik

Ingat lagi kisah di mana dalam satu pameran di Amerika Syarikat, ada pisang yang dilekat pada dinding dan dijual dengan harga $120,000.

Pameran itu berlangsung di Miami Beach Art Basel.

Pisang itu sudah dijual 2 unit sebelum ianya dimakan oleh seorang lagi seniman yang menggelarkan seni itu sebagai seniman yang lapar.

Perkara itu menjadi tular teruk di seluruh dunia. Anda bayangkan harga pisang tu sekitar RM499,000 ataupun kira setengah juta ringgit.

Di Singapura, ada tauke durian kat sana menjual durian lekat dekat dinding dengan duck tape warna silver sama juga dengan yang ada di Art Basel.

Dia menamakan seni itu dengan judul ‘Looks Like Are, Smells Like Fart.’

Dan beliau menawarkan harga SGD163,000. Ianya sekitar harga pisang di Art Basel jika ditukar kepada USD. Jualan barangan tidak termasuk dinding.

Dan penjual menyatakan harga ini sebelum kadar GST naik. Jadi cepat cepatlah korang beli.

Kepada korang yang masih tak dapat tangkap kenapa mamat tu troll seni tu. Aku share balik cerita pisang hari tu.

Pada Sabtu lalu, dalam satu pameran seni Art Basel di Miami, satu pameran pisang dilekat dekat dinding dengan pita pelekat.

Dan ianya telah dijual dengan harga $120,000 ataupun sekitar RM500,000

Gambar pemilik galeri dengan seni pisang

Seorang lagi artis iaitu David Datuna telah memutuskan untuk memakan pisang itu di hadapan semua pencinta seni di ruang kovensyen.

Ini bermakna Datuna secara tak langsung bukan sahaja memakan pisang, tetapi telah memakan pencuci mulut yang sangat mahal bernilai RM500,000

Pisang tersebut merupakan pisang yang dilekat pada dinding dan dilaporkan sudah dijual sebanyak 2 unit kepada kolektor barangan seni.

Pisang yang dilekat pada dinding itu adalah cetusan idea artis Itali, Maurizio Cattelan diberi judul Comedian.

Cattelan akan melekatkan pisang di dindingnya untuk mencari ilham. Termasuk di hotel beliau meginap. Perkara itu yang dijulang menjadi seni mahal.

peminat seni yang datang menyaksikan pameran

Pisang itu ada sijil pengesahan bahawa ia adalah seni asli dariapada Cattelan. Dan pemilik baharu pisang tersebut / pembeli sahaja dibenarkan untuk menggantikan pisang itu jika sudah rosak.

Namun begitu, keadaan menjadi kecoh apabila David Datuna, seorang seniman persembahan dari New York telah memakan pisang itu di hadapan semua orang.

Datuna menyindir dengan menyatakan seninya itu berjudul: Seniman yang lapar.

Lalu beliau memakan pisang itu.

Namun begitu, seorang jurucakap muzium iaitu Lucien Terras, masih berpegang kepada prinsip, bahawa Datuna tidak merosakkan karya seni itu. Kerana idea seni itu memang pisang.

Confuse? Sama la.

Terras berkata: “Pisang ini memang bukan benda yang akan segar selamanya. Ini telah membuatkan ramai marah apabila beliau memakannya.”

“Namun respon daripada apa yang beliau lakukan sangat bagus. Ia telah memberikan senyuman pada ramai orang.”

Ketika Datuna memakan pisang itu, ada juga yang bersedih kerana mereka fikir Datuna merupakan tuan kepada seni pisang diletak dekat dinding itu.

Pemilik galeri, Emmanuel Perrotin ketika itu sedang berada di lapangan terbang. Beliau sangat kecewa mendengar panggilan daripada pegawainya yang menceritakan bahawa ketika itu, pisang bernilai RM500 ribu itu dalam proses untuk dimakan.

Walaupun ramai peminat seni kecewa dengan tindakan Datuna, namun di media sosial ramai yang menjulangnya sebagai hero.

Baca yang lain