Di Terengganu, ‘Pontianak’ Bantu Operasi PKP

Akibat bengang dengan masih ramai yang ingkar dan suka keluar rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), seorang lelaki berusia 38 tahun dari cukai, Muhammad Urabil Alias, 38, telah memutuskan untuk menakutkan mereka daripada keluar malam.

Ini dengan berpakaian sebagai pontianak untuk menakutkan mereka keluar daripada rumah.

Urabil telah memuat naik gambar pontianak di atas sebuah van putih. Dan ianya telah mendapat lebih daripada 3.5 ribu perkongsian.

Ada yang merasa seram sejuk dan tak nak keluar rumah. Mereka berkongsi dengan rakan rakan mereka di media sosial tentang gambar itu.

Namun selepas itu Urabil menegaskan itu hanyalah usaha beliau dan isterinya bagi menakutkan mereka yang suka keluar malam.

Bukannya hantu betul. Kalau hantu betul memang seram la nak oi. Lagi seram daripada kisah artis yang ada pada beberapa hari ini.

Urabil menegaskan, dia dan isterinya memutuskan mahu membantu pihak berkuasa ketika PKP.

Kita tahu, yang orang Malaysia ni, ramai yang lebih takut dengan hantu berbanding dengan wabak.

Oleh kerana usaha beliau itu. beliau mulai digelar detektif hantu dan mendakwa dia agak ketakutan kerana dihampir oleh pihak polis di rumahnya.

Urabil berkata: “Ramai orang, terutamanya, golongan muda masih keluar pada waktu malam ketika MCO. ”

“Ini mendorong saya untuk mengambil inisiatif ini dengan memaparkan gambar diri saya yang berpakaian sebagai pontianak di Facebook.”

Urabil berkata isterinya, Norhayati Nayan, 39, telah mengambil gambar itu, menunjukkan “hantu” berpakaian dan berambut putih berdiri di atas sebuah van.

Gambar itu menjadi viral selepas ia diposkan pada hari Ahad. Urabil berkata beliau tidak menjangka gambar itu akan menjadi tular.

“Ia seolah-olah berjaya kerana ramai yang tidak lagi berminat untuk meninggalkan rumah mereka pada waktu malam.”

“Apa yang telah kami lakukan hanyalah untuk suka-suka.”

Walaupun ramai orang percaya bahawa gambar pontianak itu sahih, dia berkata terdapat individu yang bertanya sama ada ia telah telah disunting?

Walaupun niat baik mereka, Urabil dan Norhayati meminta maaf kepada orang-orang yang merasakan bahawa tindakan mereka terlalu melampau.

“Inilah cara kami untuk memastikan kejayaan MCO,” katanya.

Beliau juga berseloroh menyatakan bahawa hantu telah bekerjassama / jv dengan pihak polis dalam memastikan kejayaan MCO.

Macam-macam inisiatif yang dibuat demi membantu menjayakan PKP.

Koronavirus telah memaksa kerajaan Malaysia mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan. Ianya untu memutuskan rantaian jangkitan wabak.

Koronavirus memberikan impak yang sangat teruk kepada dunia.

Pastikan korang sentiasa berada di dalam rumah semasa PKP. Dan hanya keluar apabila ada keperluan sahaja.

Ketika ini, sudah ramai yang ditangkap kerana ingkar arahan PKP. Tahan dulu nafsu nak berjalan keluar itu. Aku pun nak je keluar ni.