Di UK, Scalpers PS5 Memiliki Lebih Banyak Stok Berbanding Kedai

Selamat datang ke dunia tanpa sempadan. Satu realiti terbaru didedahkan, di mana di UK sahaja, scalper (orang yang membeli dan menjual semula barang dengan markup price) telah memiliki lebih banyak stok berbanding kedai.

Trend ini berlaku kerana pada hari ini penjual produk lebih mudah akses kepada pembeli di menerusi platform seperti eBay dan media sosial lain.

Tetapi perkara ini juga sangat merisaukan ramai pihak jika ia tidak dikawal.

Scalpers ini menjual harga sesuka hati mereka. Dan mereka membeli bukan untuk mereka sendiri, tetapi untuk dijual semula kepada orang lain.

Seorang scalper yang sebelum ini dilaporkan menjual 251 stok PS5 dan membawa kepada keuntungan beratus ribu ringgit telah memasang bot untuk membeli stok PS5 di atas talian.

Dan trend yang sama semakin popular digunakan.

Satu kumpulan yang digelar CrepChiefNotify, telah berjaya menjual sehingga 3,500 konsol PS5 kepada para pelanggannya. Dengan harga rata rata dua kali ganda daripada harga runcit.

Kumpulan tersebut beroperasi di Discord dan memiliki ribuan ahli berbayar. Mereka antara reseller yang dipercayai oleh pembeli dan ada rekod yang bagus dalam mengedarkan produk ke seluruh dunia.

Namun masalahnya, fenomena ini membuatkan ramai peminat PS5 tidak mampu untuk mendapatkan konsol mereka lebih awal dengan harga sebenar.

Lantas ramai meminta kerajaan dan Sony sendiri mengambil langkah pro aktif untuk membendung masalah ini.

Sony sudah mengumumkan akan menambahkan lagi stok PS5. Ini berita baik kepada peminat PS5.

 


Reseller Berusia 22 Tahun Raih Untung RM163k Jual Semula 251 PS5

Ramai orang bergelut untuk mendapatkan konsol permainan PS5, untuk menembusi pre order sekalipun. Apatah lagi nak harapkan dapat terus dari kedai.

Namun itu bukan masalah kepada seorang lelaki ini, yang berjaya meraih keuntungan berlipat ganda dengan menjual semula konsol itu.

Lelaki berusia 22 tahun itu tidak mahu identitinya didedahkan oleh Business Insider hanya dipanggil Mark F – dia telah berjaya membeli beberapa konosol tersebut.

Di mana Mark F berjaya membeli 221  unit PlayStation 5. Caranya adalah dengan menggunakan bots yang dia cipta, dan bots itu akan membantunya membeli PS5 secara automatik.

Pada minggu ini, Mark F telah meraih keuntungan sekitar $40,000 daripada penjualan semula PS5 kepada orang ramai.

Mark F mengiklankan PS5 dan meletakkan harga lebih $1,000, ataupun dua kali ganda daripada harga runcit.

Bagi mereka yang bersetuju, Mark F akan menghubungi mereka dan melakukan urusan jual beli dengan mereka.

Mark F sangat yakin akan berjaya menjual kesemua konsol yang dia beli itu. Sebab itulah dia sanggup membeli konsol itu dengan banyak.

Secara kasarnya, Mike membelanjakan sekitar $99,500 (RM405,000) untuk 251 konsol yang dia beli.

Dan dia menerima untu ng sekitar $40,000 (RM163k) selepas penjualan semula.

Kegilaan peminat PS5 memang sukar dibendung. Mereka mahu menjadi yang terawal untuk memiliki konsol tersebut.

Ada yang letak herga sehingga RM149K

Pra-pesanan untuk konsol perdana baru Sony, Playstation 5, baru-baru ini telah menjadi sensasi dan hype di seluruh dunia.

Di Malaysia misalnya, konsol tersebut habis dijual dalam beberapa minit selepas tempahan dibuka kepada umum.

Dan ada beberapa reseller yang membeli dan menjual semula PS5 di Ebay dengan harga yang tidak masuk akal.

Hanya beberapa jam selepas Sony PS5 rasmi dilancarkan, di Ebay, harganya sudah mencanak.

Di mana satu iklan memaparkan seorang resller menjual konsol PS5 miliknya dengan nilai $10,000 untuk Playstation 5. Dan itu belum termasuk bayaran penghantaran $113.

Ada juga yang menjual PS5 dengan harga $25k kepada mereka yang berminat memiliki set terbaru PS5 lebih awal. Harga itu bersamaan dengan lebih RM100k.

Di Facebook juga semakin ramai yang menawarkan set PS5 dari Hong Kong yang didakwa jauh lebih murah daripada set Malaysia.

Harga untuk set dari Hong Kong adalah $968 (RM3,999) dan $1,089 (RM4,499) untuk Edisi Digital dan Fizikal.

Ianya mendapat pelbagai reaksi daripada pengikut mereka.

Itu belum cukup ganas lagi. Ada yang menawarkan harga PS5 mereka dengan nilai AU$ 50,100 di Australia ataupun sekitar RM149,000. Ada ke yang sanggup membeli sebijik Playstation dengan harga sebuah kereta mewah?

Sebenarnya, Sony sudah mengingatkan agar para peminat PS5 bersabar sekiranya terlepas untuk memiliki PS5 pada kumpulan / batch awal ini.

Kerana selepas ini akan lebih banyak PS5 akan diedarkan di pasaran.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.