National Geographic melaporkan, seekor harimau dari spesis harimau Malaya yang diberikan nama Nadia, kemungkinan besar telah menjadi haiwan pertama disahkan positif koronavirus.
Berita tentang perkara itu disahkan oleh Wildlife Conservation Society (WCS) pada 5 April 2020, 2020.
Harimau Malayai tersebut dipelihara di Bronx Zoo, New York City, Amerika Syarikat.
Dalam kenyataan rasmi zoo tersebut dibacakan: “Nadia, harimau Malaya betina di Bronx Zoo, telah diuji positif covid-19.”
“Adiknya, Azur dan dua lagi harimau Amur, serta 3 singa Afrika juga mengalami gejala batuk kering dan kesemua mereka dijangka akan pulih.”
Nadia menjalani satu ujian yang dijalankan oleh United States Department of Agriculture’s (USDA) National Veterinary Services Laboratory.
Pegawai Veterinar Bronx Zoo, Paul Calle menyatakan, mereka mendapati Nadia mengalami demam dan menjangkakan Nadia ada bersentuhan dengan salah seorang penjaga zoo yang membawa virus covid-19 tersebut.
Calle berkata: “Pada awalnya, kami mendapati harimau tersebut sakit dan mengalami Covid-19. Kami percaya dia dijangkiti oleh manusia.”
Kesannya, Nadia dan beberapa haiwan lain di dalam Bronx Zoo mulai menunjukkan gejala koronavirus.
Pihak zoo telah menutup kesemua operasinya buat sementara waktu.
Kesemua 4 kucing besar yang dijangkiti tersebut berada di ruang pameran zoo tersebut. Mereka awalnya tidak menunjukkan simptom itu ketika berada dalam tempoh pameran.
Harimau Malaya merupakan salah satu spesis harimau yang paling sedikit di dunia kerana diancam kepupusan.
Menurut World Wide Fund for Nature (WWF), harimau Malaya adalah berasal dari Malaysia dan banyak terdapat di hutan di negeri Pahang, Perak, Kelantan, dan Terengganu.
Pada tahun 1950-an dijangka ada 3,000 ekor Harimau Malaya.
Namun angka itu kini dilaporkan sekitar 250-340 ekor sahaja di seluruh dunia.
Salah satu sebab kepupusannya adalah habitatnya yang diancam oleh pembangunan dan pembalakan.
A Malayan tiger name Nadia has tested positive for coronavirus the Bronx Zoo in New York City, and 6 other big cats are exhibiting COVID-19 symptoms. This is the first case of a wild animal contracting the disease from a person, who was most likely an asymptomatic zookeeper pic.twitter.com/axXVvnKD8j
— BFM News (@NewsBFM) April 6, 2020
The International Union for Conservation of Nature (IUCN) telah mengkategorikan Harimau Malaya dalam senarai mera/ red list untuk haiwan yang diancam kepupusan secara kritikal.
Di Malaysia, kerajaan telah mewartakan Harimau Malaya sebagai spesis terpelihara yang dilindungi.
Bagi peminat bola sepak tanah air, pastinya nama Harimau Malaya bukan asing. Ianya adalah gelaran untuk pasukan bola sepak kebangsaan kita.
Malah penyokong pasukan kebangsaan Malaysia juga digelar ekor Harimau Malaya.
Semoga Nadia dan rakan-rakannya pulih seperti biasa.
Sumber: WCS