Di Vietnam Seorang Ibu Potong Kemaluan Suami Binatang Sampai ‘Total Loss’ Kerana Mencabul Anak Gadisnya

Di Vietnam, seorang ibu meyerah diri ke balai polis selepas dia memotong kemaluan suaminya sampai hancur termasuk tiada telur lagi yang tinggal. Ini selepas dia mengetahui perbuatan keji suaminya menerusi CCTV.

Perempuan itu menyatakan dia memotong kemaluan suaminya dengan niat kerana kerana suaminya mendera anak perempuan mereka yang berusia 15 tahun dan memperlecehkannya secara seksual.

Dia berbuat demikian kerana mahu membendung suaminya daripada memperkosa anaknya secara seksual.

Dilaporkan media tempatan, pada 20 Mac 2022 tengah malam, selepas memotong anu suaminya. Wanita berusia 36 tahun dikenali sebagai Ha Thi itu membuang cebisan kemaluan dan buah zakar suaminya, kemudian menyerahkan diri kepada Polis Daerah Yen Chau, Wilayah Son La, barat laut Vietnam.

Suaminya, Nguyen Van H, mengalami penurunan tekanan darah yang dengan cepat akibat luka ternganga besar di pangkal paha. Lelaki itu menerima rawatan kecemasan di Hospital Besar Son La pada pagi Ahad jam 5.30 pagi waktu tempatan.

Menurut kenyataan hospital yang disiarkan di Facebook, keadaan lelaki itu lebih stabil, tetapi amputasi kemaluannya sukar dirawat. Kemaluan lelaki berusia 29 tahun itu dipotong hampir ke pangkal, kedua-dua buah zakarnya turut dipotong.

Pasukan doktor tidak pasti kemaluannya boleh disambung semula, memandangkan lukanya sangat teruk dan zakar yang dipotong isterinya itu masih belum ditemui.

Menurut kenyataan polis, pasangan suami isteri itu sering bergaduh, namun kejadian kali ini ditolak atas sebab lain. Ianya tiada kena mengena dengan pergaduhan suami isteri tentang perkara lain.

Peguam Ha Thi N mendedahkan bahawa dia menangkap suaminya mendera anak tirinya. Anak tersebut merupakan anak Ha Thi dengan suami terdahulu selepas perkahwinan pertama.

Wanita itu menuduh suaminya melakukan perbuatan lucah itu sejak 2020, dan anaknya telah memberitahu ibunya tentang penderaan seksual yang berlaku kepadanya. Termasuk seringkali memperlecehkannya secara sesksual sama ada daripada kata kata atau mencabulinya.

Namun anaknya tidak pula menyatakan bapanya itu pernah memperkosanya.

Nguyen terus mengelak dan menafikan tuduhan itu. Sambil menuduh anak itu memang tak dapat menerimanya sebagai ayah baharunya.

Itu akhirnya mendorong Ha Thi N. memasang kamera CCTV di dalam rumah. Rakaman CCTV itu, menurut Ha Thi, membuktikan si suami sering mengusik dan cuba mencabul anaknya.

Masih belum diketahui apakah hukuman yang akan dikenakan ke atas Ha Thi N. dan suaminya. Ini kerana mahkamah mengetahui bahawa kes seperti ini akan menjadi rujukan perundangan di masa akan datang.

Namun rakyat Vietnam memberikan amaran kepada mahkamah agar tidak sesekali menghukum si ibu yang bertindak ke atas binatang ataupun predator.

Peguam isteri berkata, jika hasil pemeriksaan forensik mendapati anak perempuannya terbukti melakukan serangan seksual, suami Ha Thi N. juga akan didakwa.

Ha Thi N. menyatakan dia tidak langsung menyesali perbuatannya, malah dia masih merasakan bahawa perbuatannya itu masih belum cukup untuk menghukum binatang seperti suaminya itu.

Sudah tentunya Ha Thi N. memfailkan penceraian ke atas suaminya yang masih meronta kesakitan di hospital kerana kehilangan kemaluannya kerana perbuatannya yang tak malu itu.

Media tempatan melaporkan bahawa pasukan penyiasat menyoal siasat Ha Thi N. sambil mencari kemaluan yang dibuang.

Kes kehilangan alat sulit juga berlaku di Vietnam tahun lalu. Seorang lelaki berusia 40 tahun terpaksa kehilangan kemaluannya kerana isterinya memotongnya ketika tidur, kononnya kerana cemburu. Nasib baik, pasukan doktor berjaya menyambungnya semula.

Sumber: Hospital Bệnh viện Đa Khoa Tỉnh Sơn La