Bagaimana rasanya menjadi pemain yang diuruskan Pep Guardiola? Pengurus yang sangat obses dengan taktikal bola sepak.
Isteri Oleksander Zinchenko iatu Vlada Sedan memberikan gambaran serba sedikit apa yang berlaku kepada suaminya.
Selebriti televisyen Ukraine itu mendedahkan bahawa suaminya ada menyimpan buku nota dan disimpan di rak di rumah mereka.
Ianya tidak ubah seperti seorang pelajar sekolah yang mencatit nota dengan pen, siap dengan lakaran dan kemudian mentelaahnya kerana mereka akan ‘exam’ pada bila bila masa.
Setiap kali suaminya balik ke rumah, Zinchenko akan menulis semula apa yang dikatakan pengurus itu di pusat latihan.
Inisiatif itu adalah kerana Guardiola sangat teliti dalam perubahan taktikal dan penjelasan taktikal.
“Zina [panggilan manja Zinchenko ye] menulis nota berdasarkan apa yang diberitahu coach Guardiola.”
“Zina akan menggariskan isu perubaan taktik, momen penting dalam latihan dan inovasi terbaru.”
“Dia menulis kesemua nota itu dan berkongsi dengan saya apa yang dia pelajari.”
“Di rumah kami ada buku nota yang tebal, folder yang besar untuk dia menulis apa sahaja yang dia pelajari.”
Oleksandr Zinchenko’s wife, Vlada Sedan: “Zina is taking notes on Guardiola. He outlines changes in tactics, moments during #ManCity training, innovations. He notes all this and shares it with me. We have a big notebook at home, a big folder where he writes everything down…”
— Man. City News (@_mancity_news) February 15, 2021
“Dia kadangkala menjelaskan kepada saya perkara perkara dalam nota itu. Malangnya saya tak faham langsung walau sekal pun. Kekadang dia jelaskan saya sampai 3 kali.”
Zinchenko musim ini kembali menjadi pemain utama pasukan. Di mana beliau merampas slot daripada Benjamin Mendy.
Sebelum ini bini Zina juga pernah mengecam Guardiola kerana menukar taktikal dari back 4 kepada back 3 yang membuatkan City tersingkir daripada UCL – dengan suaminya berada di bangku simpanan.
Zinchenko kemudian terpaksa meminta maaf kepada Guardiola untuk pihak isterinya.
Agak mengejutkan apabila Guardiola menyatakan kepada Zinchenko: “Benda paling penting di dunia adalah disayangi oleh isteri kamu.”
'The main thing is that your wife likes me': Pep Guardiola 'shut down a joke' from Oleksandr Zinchenko about his 50th birthday, reveals the player's partner… with Man City boss STILL not forgetting her criticism of failure to win the Champions League
https://t.co/BRsKi0MSWm— SOYEKWO KEN_CHESANG☆ (@SOEKOCCESS) February 16, 2021
Ada satu lagi kisah menarik di mana Arjen Robben pernah mendedahkan bahawa Guardiola boleh menghubungi pemainnya pada 3 pagi kerana membincangkan taktikal baharu.
Robben dan Guardiola pernah bekerjasama di Bayern. Robben berkata:
“Guardiola boleh call kamu 3 pagi untuk bercakap tentang taktikal baharu. Dia seorang yang gilakan bola sepak, sukar dipercayai.”
Robben "Guardiola can call you at 3 am in the morning to talk about new tactics, he's football sick, Unbelievable" [FF] #Pep
— The Pep (@GuardiolaTweets) November 11, 2014