Borussia Dortmund dan Nice kini sedang gempar dengan berita pemain yang terlebih umur daripada yang diisytihar sebelum ini.
Dunia bola sepak berdepan kontroversi baharu yang mengancam kredibiliti sukan tersebut. Youssoufa Moukoko, penyerang yang dipinjamkan dari Borussia Dortmund ke OGC Nice, berada di tengah-tengah skandal yang melibatkan identiti dan usianya.
Menurut kenyataan Joseph Moukoko, yang sehingga kini diiktiraf sebagai bapanya, dia bukan ibu bapa kandungnya mahupun pemain yang dilahirkan pada 20 November 2004, di Yaoundé, Cameroon, seperti yang dinyatakan dalam dokumen rasmi.
Sebaliknya, dia mendakwa pemain bola sepak itu dilahirkan pada 19 Julai 2000, menjadikan dia sebenarnya empat tahun lebih tua daripada usia dia sekarang.
Dalam dokumentari yang disiarkan oleh saluran Jerman ProSieben, Joseph mengaku telah memalsukan dokumen untuk mengemukakan Moukoko sebagai anaknya dan mengurangkan umur sebenarnya ataupun umur rasminya.
“Dia bukannya anak anak secara biologi, dan bukan juga anak isteri saya. Dia bukannya lahir pada 20/11/2004 di Younde, Cameroon. Sebaliknya dia lahir 19/07/2000.
Youssoufa Moukoko’s alleged father has accused him of lying about his age.
“He is not my biological son nor that of my wife. He wasn’t born on 20/11/2004 in Yaoundé, Cameroon, but on 19/07/2000.’’
This would make him 24 years old, not 20… pic.twitter.com/VFJYgILBot
— george (@StokeyyG2) December 13, 2024
“Kami melakukannya supaya dia boleh mempunyai peluang yang lebih baik dalam bola sepak Eropah,” kata Joseph kepada wartawan.
Pendedahan ini menunjukkan bahawa penyerang itu melebihi had umur dalam pertandingan remaja, termasuk kejuaraan B-17 bersama Dortmund pada 2018 dan Kejohanan Eropah B-21 yang dimenangi oleh Jerman pada 2021.
Borussia Dortmund Pertahankan Diri
Di sebalik dakwaan itu, Borussia Dortmund menegaskan kesahihan dokumen rasmi Jerman yang menyokong identiti pemain itu.
Mereka menafikan mereka ada terlibat dalam penipuan umur pemain tersebut. Malah yakin bahawa pemain itu lahir pada 2004 berdasarkan dokumen rasmi.
Sascha Fligge, pengarah komunikasi kelab itu, menekankan: “Pendaftaran dan lesen pemain adalah berdasarkan dokumen yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang berwibawa.”
Bagaimanapun, siasatan yang dijalankan oleh Bild di Cameroon mendapati tiada rekod kelahiran Moukoko lahir pada 2004. Tetapi siasatan itu mendedahkan dokumentasi seorang bayi bernama Youssoufa Mohamadou yang dilahirkan pada 2000 dan didaftarkan sebagai anak kepada Ousman Mohamadou, seorang pemandu teksi tempatan.
Maklumat berikut kelihatan agak selari dengan apa yang diberitahu Joseph.
Jika penyelewengan disahkan, akibatnya akan menjadi ketara bagi pemain dan juga kelab Dortmund, serta pertandingan yang disertainya. Selain itu, kes ini mempersoalkan mekanisme pengesahan dalam bola sepak remaja dan menimbulkan kemungkinan sekatan untuk kelab yang terlibat.
Ketika ini Borussia Dortmund dan OGC Nice berusaha untuk menguruskan krisis. Selain itu, masa depan Moukoko kini dalam bahaya. Skandal ini bukan sahaja menimbulkan keraguan terhadap pencapaian atletik pemain tetapi juga memberi tamparan kepada reputasi dan kredibilitinya di pentas antarabangsa.
Memangdangkan dia dijulang sebagai salah seorang prospek yang luar biasa ketika ini.