“Dia Setahun Lebih Muda Daripada Anak Dara Saya, Itu Menggerunkan”

Pemain Napoli, Juan Jesus menganggap skuad Barcelona di bawah Xavi sebagai menggerunkan. Pada masa yang sama dia kagum dan seronok melihat pemain pemain muda ini mampu beraksi baik di pentas setinggi Liga Juara Juara Eropah, peringkat kalah mati pula tu.

Mana tidaknya, rata rata skuad tersebut dibarisi pemain muda. Dan pemain seperti Yamin Lamal dan Pau Cubarsi menunjukkan kualiti luar biasa dalam aksi kedua peringkat 16 akhir.

Napoli disingkirkan oleh Barcelona dengan agregat 4-2 setelah tewas 3-1 di markas Barcelona.

Juan Jesus mengingatkan semua pihak betapa menggerunkan Barcelona apabila memikirkan pemain pemain remaja mereka yang lebih muda daripada anak daranya.

Dia berkata: “Yamin Lamal pada usia baru 16 tahun bermain dengan sangat baik menentang kami.

“Pau Cubarsi lahir pada 2007, dia cuma muda setahun daripada anak dara saya yang sekarang ada di rumah. Dan ini sangat menggerunkan.

“Ianya hebat untuk melihat pemain pemain muda seperti ini beraksi dengan sangat baik di pentas sebesar ini,” tegas pertahanan berusia 32 tahun itu.

Juan Jesus ada anak perempuan berusia 14 tahun. Cubarsi berusia 17 tahun. Tribuna melaporkan bahawa Juan Jesus merujuk kepada anak angkatnya yang sebenarnya berusia 18 tahun.

Xavi Hernandez akhirnya berjaya menamatkan badi Barcelona untuk mara ke suku akhir Liga Juara Juara Eropah.

Xavi pastinya mahu meninggalkan Barca hujung musim ini dengan trofi UCL yang mereka menangi kali terakhir pada 2015.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari