Diaibkan Pasukan Divisyen 3 Yang Bermain 10 Orang, Peminat Real Mahu Zidane Out!

Real Madrid musim lalu sangat cemerlang. Segalanya serba serbi sempurna buat mereka. Sehinggakan mereka menjuarai La Liga sekali lagi.

Namun cerita berbeza mereka musim ini. Sudah beberapa keputusan kurang enak dicatatkan oleh pasukan bimbingan Zinedine Zidane.

Terbaru, Real Madrid mengalami kekalahan mengejut 2-1 kepada divisyen tiga Alcoyano untuk keluar dari Copa del Rey selepas masa ekstra pada malam Rabu.

Eder Militao meletakkan Real Madrid di hadapan pada separuh masa pertama, dengan menyempurnakan hantaran rakan senegara, Marcelo.

Namun episod ngeri Real Madrid berlaku pada akhir babak separuh masa kedua.

Jose Solbes menyamakan kedudukan pada baki 10 minit terakhir. Mengheret permainan ke masa ekstra.

Alcoyano dikurangkan menjadi 10 orang pemain pada minit ke-110 selepas Ramon Lopez dilayangkan kad kuning kedua kerana melakukan kekasaran terhadap Casemiro.

Ianya diangap berakhirnya episod indah Alcoyano. Namun tidak!

Sebaliknya mereka kalah pada baki lima minit lagi perlawanan. Ini selepas Juanan menjaringkan gol kemenangan buat Alcoyano.

Zidane membuat sembilan perubahan pada pasukan yang ditewaskan 2-1 oleh Athletic Bilbao pada separuh akhir Piala Super Sepanyol minggu lalu tetapi tetap memiliki barisan yang sangat kuat berbanding dengan lawan mereka.

Keputusan ini dianggap memalukan dan para peminat Real Madrid meminta Zidane dipecat ataupun berambus.

Sebagai perbandingan harga Eden Hazard sahaja sudah EUR115 juta berbanding dengan EUR2.6 juta harga kesemua pemain Alcoyano.

Club Deportivo Alcoyano, S.A.D. adalah pasukan bola sepak Sepanyol yang berpusat di Alcoy, di dalam wilayah komuniti autonomi Valencia. Kelab tersebut ditubuhkan pada tahun 1928, dan kini bermain di divisyen ketiga Sepanuol.

Mereka adalah pasukan yang berpangkalan di Estadio El Collao, dengan kapasiti 4,850 tempat duduk sahaja.  Pasukan ini juga dikenali dengan namanya di Valenci, Alcoià.

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.