Dianggap Calon MVP Serie A, Conte Bangga McTominay Lebih Padu Dan Berpengetahuan

Pengurus Napoli, Antonio Conte percaya bahawa Scott McTominay layak diberikan pujian kerana peranan pentingnya dalam skuad Napoli.

Nama Scott McTominay malah menjadi antara nama yang mulai diwar warkan bakal menjadi calon MVP Serie A 2024/25, terutama sekali jika Napoli menjuarai Scudetto.

Napoli kini sedang mendahului persaingan Serie A dengan baki 2 lagi perlawanan. Napoli  hanya 1 mata di  atas Inter dalam persaingan.

Scott McTominay yang melakukan debut di Serie A bersama Napoli musim ini menjadi arkitek penting membantu kelab itu berada dalam kedudukan mereka sekarang.

McTominay dibeli Napoli dari Manchester United dengan nilai £25 juta. Pemain itu setakat ini sudah menjaringkan 11 gol dan 5 assist.

Conte gembira dengan sumbangan McTominay di atas padang. Kerana dia pemain serba boleh dan fleksibel.

Lebih gila, dalam 5 perlawanan terakhir dia menjaringkan 5 gol dan dua assist. Walaupun kecewa dengan keputusan seri dengan Genoa baru baru ini.

Conte berkata: “Dia sekarang lebih lengkap dan berpengetahuan dalam bola sepak. Dia kini sedang berada di tahap sangat penting dalam kariernya.

omi

“Dia tidak pernah memainkan peranan utama di Manchester United, tetapi di sini kami memberikannya peranan utama itu.

“Dia bekerja keras dann sekarang sudah menjadi pemain serba lengkap. Perkembangannya juga disokong oleh seluruh pasukan ini.

“Jika tidak, macamana saya nak jelaskan pasukan ini sudah berjaya meraih 74 mata sekarang.”