Pengadil telah melayangkan kad kuning kepada Neymar selepas pemain itu melakukan keraian gol yang selalu dia lakukan.
Namun pengadil menilai perbuatan Neymar itu sebagai provokatif dan mengejek penyokong Maccabi Haifa.
Unbelievable @neymarjr got a yellow card for this celebration!
Referee are getting crazy and @FIFAcom and @UEFA have to do something to improve their work. pic.twitter.com/Arm2Td3DCp
— ً (@LSComps) September 14, 2022
Neymar benar benar kehairanan dan kecewa dengan kad kuning yang diterimanya. Peminat bola sepak turut pelik kerana Neymar sudah biasa meraikan gol dengan cara itu.
Neymar menjaringkan ketiga pasukannya selepas hantaran cantik mengatasi perangkap ofsaid oleh Marco Verrati.
WHAT A GOAL NEYMAR pic.twitter.com/HHjkdPDWUl
— way dhamaatay (@LOUlSVUITTONDON) September 14, 2022
Neymar turut merasakan bahawa pengadil seringkali melayannya berbeza dengan pemain lain. Misalnya, sebelum ini Neymar pernah menerima kad kuning hanya kerana dia melakukan skil di depan lawannya.
Menerusi Instagramnya, Neymar berakata: “Satu lagi kemenangan, syabas. Tetapi kita akan segera melupakan perlawanan ini kan? Ada detik di mana keraian saya telah membuatkan saya dilayangkan kad kuning. Satu lagi koleksi untuk NJ (Neymar Jr) haha.”
“Bola sepak menjadi semakin membosankanlah sekarang. Saya dilayangkan kad kuning kerana keraian gol saya.”
Neymar on Instagram following his yellow card: “Football is getting more and more boring. I am booked for my celebration, it’s only with me that these things happen to. Next time I will warn the referee’s that I am going to do it.” 🇧🇷😅 pic.twitter.com/nmQNcXnIZG
— PSG Report (@PSG_Report) September 14, 2022
“Benda macam ni hanya berlaku kepada saya. Selepas ini, saya akan memaklumkan pengadil siap siap tentang keraian yang saya akan lakukan.”
Neymar on Instagram:
“Another victory, congratulations, but we move on right? There it is; a celebration is a yellow card, another one for the list for NJ (Neymar) haha, it’s only with me that these things happen to. Next time I will warn the referee’s that I am going to do it.” pic.twitter.com/wNtiErErIi
— ⋆𝗡𝗲𝘆𝗺𝗼𝗹𝗲𝗾𝘂𝗲 🇧🇷 (@Neymoleque) September 14, 2022
Dia kemudian menganjing pengadil dengan berkata: “Saya minta izin sekarang ni ok!”
#liberaacomemoracaoDanielSiebert
To pedindo agora tá ? pic.twitter.com/ko5ZnqA3ui— Neymar Jr (@neymarjr) September 14, 2022
Peminat bola sepak sangat tak faham bagaimana keraian biasa dilakukan Neymar ini dianggap provokatif dan diberikan kad kuning.
This is literally Neymar’s celebration after every goal he scores. How is it a yellow card ????? 🤦♂️🤬 pic.twitter.com/RrecDTGSkq
— Ziad is NOT in pain (@Ziad_EJ) September 14, 2022
PSG meneruskan rentak cemerlang mereka awal musim ini. Mereka mencatatkan kemenangan kedua berturut turut dalam UCL.
PSG terlebih dahulu ketinggalan di belakang Maccabi Haifa. Namun mereka berjaya bangkit dengan 3 gol untuk menang 1-3 di tempat lawan.
Gol gol PSG adalah sumbangan trio serangan berbisa mereka iaitu Kylian Mbappe, Lionel Messi dan Neymar.
Neymar dianggap salah seorang penyerang paling cemerlang prestasinya pada masa ini. Dia sudah mencatatkan 11 gol dan 7 assist daripada 9 permulaan.
Neymar has scored or assisted in every single game that he has started this season:
9 starts, 11 goals, 7 assists
BEST IN THE WORLD! 🔥 pic.twitter.com/OHNU3uaPgs
— ⋆𝗡𝗲𝘆𝗺𝗼𝗹𝗲𝗾𝘂𝗲 🇧🇷 (@Neymoleque) September 14, 2022