Wayne Rooney salahkan pemain pemainnya ketika pasukannya kalah 4-0 di tangan Sheffield Wednesday pada aksi pembukaan Liga Kejuaraan.
Menurut Rooney pemainnya menunjukkan aksi tak betul, gagal melaksanakan perkara asas dalam bola sepak sekalipun. Rooney menjelaskan, jika asas tak betul, memang tak boleh buat apa, letaklah apa taktikal sekalipun, tetap tak jalan kalau asas dah tak betul.
Rooney yang debut aksi Liga Kejuaraan sebagai pengurus Plymouth memberikan amaran kepada pemain pemainnya bahawa aksi mereka semalam tidak boleh diterima.
Dan dia juga sudah mengingatkan bahawa dengan aksi sebegitu, pemain pemain tersebut boleh disisihkan daripada beraksi tidak kira mereka pemain lama atau pemain baru.
Rooney juga menyatakan dia sangat terkejut melihat betapa teruknya aksi pemain pemainnya pada perlawanan ini. Sangat berbeza dengan aksi mereka ketika perlawanan pra musim. Di mana pemain melakukannya dengan baik sekali.
Sheffield Wednesday terlalu dominan dalam perlawanan ini. Menguasai 60% perlawanan dengan mencatatkan 31 percubaan ke gawang Plymouth. 11 adalah on target dan 4 menerjah jaring. Berbanding Plymouth hanya ada 1 percubaan tepat daripada 5 sahaja percubaan.
Aksi suram itu benar benar membuatkan peminat dan Wayne Rooney sendiri menjadi sangat kecewa.
Pasukan bimbingan Rooney malah sangat teruk dalam hantaran. Kadar ketepatan hantaran mereka cuma 72%, maka tidak hairanlah kalau Rooney mengutuk pemainnya sendiri.
Penyokong lawan malah tidak melepaskan peluang untuk menyanyikan lagu: “You’re getting sacked in the morning” – walaupun ini baru perlawanan pertama Rooney bersama dengan Plymouth sebagai pengurus untuk aksi liga.
Rooney berkata: “Ini adalah wake up call untuk kami. Ya, kamu boleh kalah dalam bola sepak. Namun kamu haruslah berlari, membentes lawan dan cuba memenangi bola. Pada hari ini pemain pemain kami gagal alam asas sekalipun, asas bola sepak kami pun tak cukup bagus, ini tidak dapat diterima langsung.
“Kamu boleh letak apa sahaja taktikal yang kamu mahu, namun kamu tak akan dapat menerapkan apa sahaja taktikal itu, jika asas bola sepak kamu ke laut, kamu akan kalah juga akhirnya. Saya tak puas hati, marah selepas semua yang berlalu. Saya melihat aksi pemain pemain ini pada pra musim, dan hari ini ianya mengejutkan saya.”
Rooney kemudian meminta semua pihak jangan panik. Kerana ianya baru perlawanan pertama. Di mana mereka masih perlu berpegang kepada cita cita dan matlamat mereka pada musim ini.
“Tetapi saya tak fikir kami perlu panik. Saya tak suka prestasi kami walau sedikit pun hari ini, namun kami harus tenang dan tidak sesekali mengubah cita cita kami dan objektif yang kami mahu capai musim ini.
🏴🗣️ Wayne Rooney on losing 4-0 as manager of Plymouth…
"You can put whatever tactics you want out there but if the basics aren’t right you’ll lose the game."
"I’m disappointed, angry and after everything I’ve seen from the players in pre-season, surprised."
"I don’t… pic.twitter.com/u8PUUsKKnT
— EuroFoot (@eurofootcom) August 13, 2024
“Pemain pemain ini tahu apa di fikiran saya. Saya memberitahu mereka selepas perlawanan, jika saya lihat persembahan seteruk ini daripada mana mana pemain selepas ini, tak kiralah kamu pemain dah lama di sini atau pemain baharu, kamu tak akan bermain.”
Rooney sebelum ini pernah mengendalikan Birmingham City. Dia dipecat hanya selepas 83 hari kerana membawa kelab itu daripada tangga keenam ketika dia mengambil alih ke tangga ke-15 ketika dia dipecat. Dan akhirnya kelab itu pun tersingkir pada akhir musim kerana gagal untuk bangkit.
Rooney sebelum ini pernah mengendalikan Derby. Dia menjadi pengurus yang dipuji ketika di sana. Kelab tersebut terlalu banyak masalah dan Rooney kerap mengeluarkan wang dia sendiri untuk membantu pemain dan kelab itu.