Dibelasah Kelab Bodo, Mourinho Akui Bertanggungjawab, Kemudian Kecam Pemain & Sindir Penyokong

Semalam Bodo Glimt mengejutkan AS Roma dalam Liga Persidangan Eropah. Kelab Norway itu menjadi perhatian ramai secara mengejut.

Namun ramai yang tak pernah dengar pun nama kelab ini. Lebih menyedihkan, Google sendiri masih mencari logo kelab Bodo itu.

Bukan itu sahaja malah ada yang bergurau menyatakan bahawa kelab yang mengalahkan AS Roma itu sebenarnya masih tak tahu untuk memilih sama ada untuk menggunakan nama Bodo atau Glimt merujuk kepada ada tanda ‘atau’ pada nama mereka.

Mourinho seterusnya tampil kepada wartawan dengan menyatakan bahawa tanggungjawab adalah di bahunya. Kerana dia yang memilih pasukan keduanya untuk berdepan dengan Bodo yang ternyata memiliki pasukan utama yang lebih bagus daripada pasukan kedua AS Roma.

Mourinho mengakui silap perkiraan dan memandang rendah keupayaan lawan mereka itu.

Namun pada masa yang sama Jose Mourinho turut mengecam pemain Roma dengan mengatakan bahawa dia “mengharapkan respon yang lebih baik” dari pasukannya dalam kekalahan mereka di Europa Conference League.

Seterusnya Jose Mourinho turut menyindir segelintir penyokong AS Roma yang seringkali mempertikaikan kenapa dia suka menggunakan kesebelasan yang sama dan tidak mahu memberikan peluang kepada pemain lain.

Roma berkunjung ke Aspmyra Stadion di Norway pada hari Khamis untuk pertembungan mereka dengan Bodo / Glimt.

Namun, pasukan Mourinho mengalami mimpi ngeri di Liga Persidangan Europa kerana dibelasah oleh Bodo.

Roma tidak dapat melakukan kebangkitkan pada separuh masa kedua selepas ketinggalan 2-1 pada separuh masa pertama.

Malah lebih buruk dengan melepaskan 4 gol lagi pada separuh masa kedua.

Kekalahan 6-1 menandakan pertama kalinya Mourinho kalah dengan bolos enam gol.

Mourinho akui bertanggungjawab namun tetap tak puas hati dengan pemainnya

Bercakap selepas perlawanan, pengurus Roma mengakui dia bertanggungjawab dalam pemilihan pasukan dan mengakui bahawa dia ingin memberikan peluang kepada “mereka yang bekerja keras.”

Mourinho mengatakan kepada Sky Sport Italy (melalui Football Italia): “Saya memutuskan untuk bermain dengan barisan pemain ini, jadi tanggungjawab saya.”

“Saya melakukannya dengan niat baik, untuk memberi peluang kepada mereka yang bekerja keras dan menggilirkan skuad bermain di padang sintetik dalam cuaca sejuk. Saya memutuskan untuk merehatkan ramai pemain. ”

Namun, Mourinho tidak menahan kritikannya terhadap pemainnya dan berpendapat bahawa Bodo / Glimt “menunjukkan lebih banyak kualiti” daripada pasukannya.

“Kami kalah menentang pasukan yang menunjukkan kualiti lebih baik pada malam ini. “sambungnya.

Mourinho seterusnya seolah olah melepaskan ketidakpuasan hatinya kerana tidak mendapat beberapa lagi pemain dalam jendela perpindahan yang lalu. Kerana menurutnya, AS Roma kekurangan squad depth. Beza skuad utama dan kedua sangat jauh.

Lebih perit untuk diterima pemain simpanan apabila Mourinho menyatakan hanya 13 pemain sahaja yang berkualiti untuk skuad utama, dan yang lain hauk.

“Sekiranya saya dapat bermain dengan kesebelasan yang sama sentiasa, maka saya akan melakukannya. Ia berisiko, kerana kita mempunyai jurang kualiti yang besar antara kedua-dua kumpulan pemain.”

“Saya tahu skuad ini terhad, ini bukan perkara baru bagi saya, tetapi saya masih mengharapkan respon yang lebih baik. Seperti yang saya katakan, adalah pilihan saya untuk memainkan pasukan ini, jadi tanggungjawab saya.”

“Saya tidak pernah menyembunyikan fakta bahawa kami adalah skuad yang jelas terhad dari segi keupayaan. Kami hanya mempunyai 13 pemain yang mewakili satu pasukan, yang lain berada di tahap yang berbeza.”

“Sekurang-kurangnya perkara positif dari sekarang adalah bahawa tidak ada yang akan bertanya kepada saya mengapa saya selalu menggunakan pemain yang sama.”

Sebelum perlawanan Mourinho dikaitkan dengan Newcastle United yang dilihat boleh membeli pemain pemain yang dia sukai.

Namun beliau terus menolak sebarang spekulasi ke Newcastle kerana menyatakan bahawa dia tak akan meninggalkan AS Roma selepas peluang yang diberikan kelab itu kepadanya untuk kembali.

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi