Tidak Disambung Kontrak Oleh Barcelona, Tite Tetap Panggil Dani Alves Kerana Neymar

Tite tidak gembira dengan berita Barcelona melepaskan Daniel Alves, 39, yang dianggap perkara yang menyedihkannya.

Ini secara tak langsung akan menyukarkan pemain itu untuk terus mengekalkan prestasinya di peringkat tertinggi seperti mana yang dia lakukan bersama Barcelona musim lalu.

Tite ketika itu benar benar gembira melihat Barcelona menandatangani semula Dani Alves. Pemain itu akhirnya beraksi di peringkat tertinggi sekali lagi dalam kalangan 5 liga utama eropah.

Nama Dani Alves sentiasa dalam senarai pertama Tite. Namun agak sukar untuk dia memilih pemain itu jika dia tidak ada minit permainan langsung.

Tetapi, Tite sedia menggunakan vice versa pada kali ini. Di mana dia akan tetap memanggil Dani Alves bersama dengan Brazil untuk ke Piala Dunia 2022.

Walaupun Daniel Alves mungkin tak akan mampu menjadi pemain kesebelasan utama kerana perkara tersebut, namun Tite memberikan jaminan bahawa pemain berusia 39 tahun itu akan berada dalam skuad Brazil untuk ke Piala Dunia 2022.

Dan jika Alves berjaya mendapatkan kelab yang bagus, dia masih berpeluang menjadi pemain utama dalam kesebelasan utama.

Sebenarnya, Tite benar benar berharap Daniel Alves akan terus kekal di Barcelona sekurang kurangnya sehingga Piala Dunia 2022.

Namun malangnya, kelab Catalan itu memutuskan untuk tidak melanjutkan kontrak pemain veteran yang mereka pernah pujuk untuk menyertai mereka secara percuma.

Xavi merasakan Daniel Alves tak akan mampu menjadi pesaing kepada pemain pemain lebih muda di dalam pasukannya.

Dani Alves merupakan antara pemain paling berjaya di dalam sejarah. Dan Tite menegaskan ada alasan kenapa dia perlu membawa Dani Alves.

Ianya kerana Neymar. Dani Alves merupakan pemain yang dihormati oleh Neymar berbanding pemain lain.

Dani Alves boleh membantu mengawal kelakuan Neymar di dalam dan di luar padang.

Sudah ada beberapa pemain senior yang lain pernah berdepan situasi di mana Neymar melawan cakap mereka.

Namun setiap kali Dani Alves menegur Neymar, pemain itu setakat ini tidak pernah melenting.

Jika tiada aral melintang, Daniel Alves akan menjadi pemain tertua yang dilahirkan di Brazil untuk bermain dalam Piala Dunia yang akan datang.

Adalah sangat penting untuk Tite cuba memastikan Neymar dalam kondisi terbaik, bukan dari segi fizikal sahaja, malah dari segi mental.

Kehadiran Dani Alves akan membantu Tite untuk menguruskan pemain tersebut.

Neymar dan Dani Alves memang sangat rapat sejak mereka bermain bersama sama di dalam Barcelona, pasukan kebangsaan Brazil dan juga di PSG.

Ketika di PSG, Dani Alves menjadi antara orang yang mempertahankan Neymar ketika pemain itu dihentam kerana berebut penalti dengan Edinson Cavani.

https://youtu.be/CHApbEg8mgE