Dicadangkan Main Liga Lain Kerana Terlalu Power, Lewandowski Hanya Geleng Kepala

Robert Lewandowski dianggap terlalu bagus untuk Bundesliga dengan membantu Bayern memenangi kejuaraan liga sebanyak 9 kali berturut turut.

Oleh itu, ada yang mencadangkan Lewandowski menyertai liga lain selain liga Jerman untuk membuktikan dirinya, kerana dia terlalu power.

Cadangan itu muncul ketika ada brader di Malaysia turut mencadangkan JDT menyertai Liga Thailand. Lewandowski diasak dengan cadangan yang sama ketika menerima anugerah kasut emas Eropah 2020/21.

Malangnya, penyerang Poland itu tidak rasa itu cadangan yang masuk akal dan dia hanya mampu menggelengkan kepala mendengarnya.

Baginya, dia tidak perlu terdesak untuk mengikut kata orang dengan menyertai pasukan liga lain hanya semata mata mahu membuktikan kata kata mereka. Lewandowski disyorkan menyertai liga seperti EPL barulah kehebatannya yang sebenar boleh diukur.

Lewandowski jelas tak setuju dengan hujah tersebut.

Kerana baginya, statistik dan pencapaian beliau di pentas UCL sudah cukup untuk bersuara tentang siapa dirinya di kalangan penyerang elit.

Mungkin bagi sesetengah orang, pencapaian Lewandowski agak tidak mencukupi kerana dia ‘hanya’ bermain di Liga Jerman, pertandingan yang dianggap kurang kompetitif kerana telah lama dikuasai oleh Bayern Munich. Monopoli dan dominasi Bayern terlalu kuat di Jerman.

Robert Lewandowski sering dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid atau Manchester City. Terutama sekali ketika ini, kontrak Lewandowski di Bayern akan berakhir pada 2023. Bekas penyerang Borussia Dortmund itu tidak rasa dia perlu melakukannya.

Lewandowski berkata: “Saya tidak perlu membuktikan diri dengan bermain di liga lain.”

“Saya dapat bersaing dengan pemain terbaik dunia di liga lain di Liga Juara-Juara. Saya 100 peratus fokus pada Bayern Munich. Saya tidak memikirkan perkara lain selain pasukan saya.”

Terdapay laporan menyatakan bahawa Bayern Munich sedang berkira kira mendapatkan Erling Haaland sebagai pengganti Lewandowski. Namun, Lewandowski menegaskan dia masih boleh bermain di tahap tertinggi selama beberapa tahun lagi.

“Saya masih di sini dan akan berada lama di sini. Umur hanyalah angka. Saya merasa sangat baik ketka ini. Saya masih mempunyai statistik terbaik yang pernah ada,” kata penyerang berusia 33 tahun itu.

“Saya tahu bahawa dengan badan saya, saya dapat bermain di tahap tertinggi selama bertahun-tahun lagi. Saya seperti anggur yang baik dan saya berharap menjadi lebih baik,” kata Lewandowski dengan senyuman.