Diego Costa boleh digelar Abang Viva cawangan Brazil kerana kemuliaan dan kemurahan hatinya membantu mangsa banjir di kawasannya.

Di Malaysia, kita seringkali teringat Abang Viva sebagai wira penyelamat bangsa banjir. Yang menggunakan kenderaan dan bot dia sendiri untuk membantu mangsa banjir. Sanggup memandu dari jauh untuk membantu mereka yang memerlukan.

Oleh itu nama Abang Viva sangat dekat di hati Malaysia apabila musim banjir.

Di Brazil, Diego Costa melakukan perkara yang sama. Dia telah pergi ke kawasan terjejas banjir dan menggunakan beberapa jet ski miliknya untuk menyelamatkan mangsa.

Dia dan rakan rakannya membantu mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam banjir. Dikatakan dia membantu mengeluarkan lebih 100 mangsa banjir yang terperangkap di bandar Eldorado Do Sul.

Ramai memuji Diego Costa sebagai sangat baik hati. Malah ada yang turut meminta maaf kerana pernah membencinya kerana kelakuannya di atas padang ternyata tidak menggambarkan keperibadiannya di luar padang.

“Dia seorang yang kompetitif membuatkan dia selalu membuatkan kita menyampah. Namun mulai hari ini saya akan menjadi peminat Diego Costa yang ternyata manusia baik hati,” tulis seorang netizen.

Diego Costa memang dikenali sebagai seorang yang suka membantu orang lain di kalangan rakan rakannya.

Tindakan Diego Costa itu membuatkan lebih ramai pemain Gremio kemudian datang  melakukan perkara yang sama. Selain daripada membantu mengeluarkan mangsa banjir dengan bot atau jetski, mereka juga memberikan bantuan makanan dan perubatan.