Diego Costa telah membuat kejutan sekali lagi. Di mana beliau meminta kelabnya Atletico Madrid untuk menamatkan segera kontraknya.
Jika kontrak ditamatkan, maka Costa boleh pergi secara percuma ke kelab lain pada Januari akan datang.
Jika tidak, maka Costa harus menunggu 6 bulan lagi – sehingga kontraknya tamat untuk pergi ke kelab lain.
Ini bukan pertama kali Costa bengang dan minta ditamatkan kontrak. Sebelum ini, ketika bersama Chelsea, beliau pernah mendesak kelab itu melakukan perkara yang sama.
Diego Costa has asked Atletico Madrid to terminate his contract in January, Goal can confirm.
Costa's deal expires in the summer but he has been given permission to miss training and could be allowed to leave for free.
Who should sign him? 🤔 pic.twitter.com/KYSmM1INm3
— Goal (@goal) December 28, 2020
Pada masa tu Costa mogok di Brazil dan tak nak kembali ke London. Ianya gara gara Costa kecewa disuruh Conte mencari pasukan baharu pada musim berikutnya.
Costa membantu Conte dalam mendakap EPL bersama dengan Chelsea. Namun Conte tak puas hati dengan tindakan Costa pada pertengahan musim yang meminta dilepaskan ke kelab China.
Lebih dramatik, Conte mengarahkan Costa mencari kelab baru dengan satu teks mesej.
Costa akhirnya berpindah ke Atletico namun bukan secara percuma seperti dimintanya.
Kini Costa dilaporkan kecil hati dan marah dengan Atletico Madrid kerana layanan mereka ke atasnya. Costa mahu kontraknya ditamatkan atas alasan peribadi.
Cavani dan Suarez
Laporan di Sepanyol menyebut ianya ada kaitan dengan dua penyerang Uruguay. Pertamanya Edinson Cavani.
Ejen Diego Costa mendapat tahu kelab mahu menjual Costa pada jendela perpindahan yang lalu untuk menampung pakej kontrak yang diminta Edinson Cavani.
Cavani dilaporkan meminta gaji yang sangat tinggi sebagai ejen bebas selepas dilepaskan oleh PSG.
Edinson Cavani merupakan pemain sasaran utama Atletico Madrid dalam perpindahan yang lalu.
Namun PSG menolak untuk melepaskan pemain itu ke Atletico selepas Cavani menghantar permohonan pindah aka transfer request kepada PSG.
Cavani meminta gaji sekurang kurangnya £360k seminggu dengan durasi kontrak sekurang-kurangnya 18 bulan.
Tak cukup dengan itu, Cavani mahu mendapatkan bonus menandatangani kontrak, ni dia dan ejen dia dapat bayaran tinggi. James Olley melaporkan total gaji dengan bayaran tandatangan kontrak itu mencecah £28 juta.
Namun Cavani dilaporkan sedia mengurangkan sedikit pakej itu untuk Atletico. Namun angkanya tak jauh daripada itu.
Atletico menarik diri daripada mendapatkan Cavani kerana situasi ekonomi ketika ini. Namun Simeone tetap berminat dengan pemain itu dan dia diberikan kebenaran untuk melepaskan bintangnya untuk mendapatkan Cavani.
Diego Costa berada dalam senarai untuk dilepaskan. Namun akhirnya Cavani memilih untuk ke Man United selepas Atletico gagal mencari pembeli untuk Diego Costa.
Selain itu Atletico turut banyak bertumpu kepada usaha membawa masuk Luis Suarez yang tiba tiba dalam senarai dilepaskan Barca selepas perlantikan Koeman.
Atletico melepaskan Alvaro Morata untuk membantu mereka menambah dana bagi mendapatkan Suarez.
Ramai menjangkakan Suarez dan Costa akan membentuk gandingan penyerang kembar yang hebat dan ‘jahat’ – ditambah pula pengurus mereka adalah Simeone.
Kedua duanya kelihatan ideal bermain bersama pada awalnya. Namun selepas itu, Suarez menjadi pilihan utama Simeone dan Costa banyak disisihkan.
Sejak musim lalu lagi Costa bergelut dengan prestasinya. Dan isu itulah yang mebuatkan Simeone gigih mencari penggempur no.9 baru. Costa musim ini beraksi 5 kali sebagai pemain gantian.
Oleh kerana kurang minit perlawanan dan kesebelasan utama kerana Suarez dan masih kecil hati dengan isu Cavani, Costa merasakan dirinya ibarat tidak diperlukan lagi lalu meminta ditamatkan kontrak.
Selain itu Costa turut kecewa kerana Atletico tidak mahu melanjutkan kontraknya lagi.
Diego Costa 'asks to leave Atletico Madrid as club snub option of contract extension' https://t.co/oAnPOv4nql
— MailOnline Sport (@MailSport) December 28, 2020
Atletico kini membuka pintu rundingan untuk perkara itu. Ini membayangkan bahawa, Atletico mempertimbangkan permintaan Costa.
Namun Simeone dilaporkan tidak begitu gembira dengan permintaan Costa itu kecuali beliau diberikan seorang lagi penyerang baharu untuk ‘back up’ Luis Suarez.
Suarez musim ini sudah menjaringkan 7 gol daripada 10 aksi La Liga. Mereka ada penyerang lain namun bukan no.9 tulen iaitu Joao Felix dan Marcos Llorente.
Costa sangat mahu keluar kerana alasan masalah peribadi. Sejak kembali semula ke Atletico, Costa hanya mencetak 19 gol daripada 81 perlawanan. Berbanding dengan 22 gol daripada 42 penampilan bersama Chelsea.