Diego Costa rasminya menyertai kelab Brazil Atletico Mineiro selepas gagal mendapat tempat dalam skuad Atletico Madrid.
Diego Costa pernah menjadi pemain sensasi di Atletico dan menjadi cult hero ketika membantu Chelsea menjuaraai liga pada era Antonio Conte.
Namun krisis antara Costa dan Conte membuatkan pemain itu meminta untuk kembali semula ke Atletico Madrid. Diego Costa malah satu ketika tidak mahu pulang dari Brazil jika tidak dilepaskan ke Atletico Madrid, yang akhirnya, hasratnya tercapai.
Kepulangan semulanya ke Atletico dibayangi dengan krisis kecederaan. Membuatkan beliau tidak seperti sebelum ini.
Costa memainkan peranan kecilnya dalam musim kejuaraan liga Atletico pada musim lalu. Dengan Luis Suarez mengambil alih tempatnya menjadi bintang utama.
Costa akhirnya memutuskan untuk pulang ke Brazil. Walaupun dia mewakili Sepanyol di pentas antarabangsa, namun Diego Costa seperti yang kita sedia maklum, dia anak jati Brazil.
Selepas mendapat Hulk, kelab yang berpangkalan di Belo Horizonte itu mengumumkan Diego Costa secara rasmi. Sekaligus menjadikan barisan serangan mereka diisi dua pemain yang fizikal.
Diego Costa and Hulk have linked up at Clube Atlético Mineiro 🤝
The rest of the Brazilian Série A better watch out👀 pic.twitter.com/Yi31EraOiV
— International Champions Cup (@IntChampionsCup) August 19, 2021
Walaupun lahir di Brazil, Diego Costa sebelum ini tak pernah bermain dengan mana mana kelab Brazil. Dia memulakan karier remajanya di Portugal.
Dan menikmati kemuncak kariernya di Sepanyol dan England. Jadi Atlético Mineiro menjadi kelab Brazil pertama diwakilinya.
Ketika wartawan bertanya tentang komitmen dan keinginan Diego Costa untuk menang di atas padang. Pemain itu memberikan perumpamaan yang agak gila.
Di mana dia berkata, kalau sekalipun pasukan lawan ada ibunya bermain untuk mereka, Diego Costa tetap akan sanngup untuk ‘langgar’ atau melawan ibunya itu demi kemenangan.
Diego Costa seorang yang taat dengan ibunya, namun hal atas padang adalam perkara berbeza. Bercakap kepada TV Galo, Costa berkata: “Kalau ibu saya ada di atas padang, dan saya harus melawan dia untuk menang, saya akan lakukannya. Saya sanggup melakukan apa sahaja untuk menang termasuk melawan ibu saya sendiri.”
Mungkin bukanlah perkara yang mengejutkan untuk mendengar Costa bercakap begitu kerana dia memang seorang pemain yang sanggup buat apa sahaja untuk menang sejak dari muda lagi, walaupun orang selalu berkata, Costa mana pernah muda.
Diego Costa during his Atlético Mineiro presentation 🗣
“If my mother was on the pitch and I had to beat her to win, I would. I'm going to do everything to win."
😂😂😂
[@TNTSportsBR] pic.twitter.com/4jBmxGgdEv
— Footy Accumulators (@FootyAccums) August 19, 2021