Diego Costa Sindir Conte: “Saya Cuma Ada Masalah Dengan Coach ‘Tu’ Je, Bukan Penyokong”

Diego Costa kembali ke Stamford Bridge dalam aksi semalam, buat kali pertama sejak meninggalkan kelab itu pada Januari 2018 untuk menyertai Atletico Madrid.

Dan penyerang Sepanyol itu telah mendedahkan bahawa Antonio Conte adalah satu satunya orang yang bermasalah dengannya di kelab itu.

Walaupun tidak menyebut nama Conte secara terus, Costa menyindir Conte dalam temubual dengan wartawan selepas tamat perlawanan.

Costa dipaksa meninggalkan Chelsea oleh Conte, walaupun pemain itu mahu terus kekal bersama dengan  Chelsea selepas membantu mereka menjuarai Liga Perdana Inggeris.

Costa adalah seorang pemain yang peminat Chelsea berharap mereka melihat lebih banyak lagi dalam jersi Biru keramat mereka.

Namun pada jendela perpindahan Januari 2017, dia telah mendesak kelab menerima tawaran dari kelab China. Costa kemudian dikenakan tindakan oleh Conte yang tidak mahu melepaskannya.

Selepas musim cemerlang membantu Chelsea menjuarai Liga Perdana Inggeris, Conte telah meminta Costa agar meninggalkan Chelsea.

Pemain itu sangat terkejut. Conte menyatakan dia sudah menghubungi Costa menerusi teks di telefon beberapa bulan sebelumnya, namun tidak diendahkan oleh bekas penyerang antarabangsa Sepanyol itu.

Costa memutuskan untuk terus bercuti di Brazil dan mendesak Chelsea hanya menerima tawaran Atletico Madrid. Dan akhirnya dia kembali ke sana pada Januari 2018.

Sejak pemergian Costa, Chelsea masih mencari no.9 yang luar biasa sepertinya. Conte selepas itu dipecat. Salah satu sebabnya, kerana dia tidak ada penyerang utama sehebat Costa lagi.

Ketika berkunjung ke Stamford Bridge, Diego Costa disambut dengan mesra sekali peminat di sana.

Costa menyatakan bahawa dia tidak hairan dengan sambutan itu kerana dia tidak pernah ada masalah dengan kelab atau peminat The Blues. Sebaliknya dia cuma ada masalah dengan Conte.

“Masalah saya bukan dengan peminat Chelsea, tetapi dengan jurulatih itu (Antonio Conte),” tegas pemain yang pernah membantu Chelsea dan Atletico Madrid menjadi juara liga itu.

Diego Costa musim ini menyertai Wolves sebagai ejen bebas. Selepas kelab itu berdepan dengan masalah kecederaan yang agak kritikal di dalam pasukan mereka.

Sementara itu, Antonio Conte pula sedang berkhidmat di Spurs pada ketika ini.

Baca yang lain