Gara gara satu headline oleh oleh Daily Mail yang sengaja memancing dan mengelirukan pembaca, Marcus Rashford telah tampil mempertahankan dirinya.
Daily Mail menulis:
“Apa hasilnya [daripada kempen kebajikan Rashford]! Pemain bintang bola sepak yang berkempen [untuk kebajikan], telah membeli 5 buah rumah mewah bernilai lebih £2 juta.”
Marcus Rashford dikenali dengan keberaniannya dalam memperjuangkan nasib kanak kanak yang memerlukan bantuan makanan di UK.
Rashford terus berjuang
Penyerang Manchester United, Marcus Rashford beberapa minggu lalu menggegar Twitter dengan rantaian tweetnya yang tanpa henti.
Dunia tertumpu ke arah pemain itu yang berperang dengan politician Di UK. Di mana beliau terus aktif berkempen untuk mendapatkan makanan percuma untuk anak-anak yang kelaparan.
Pada bulan Jun 2020, Rashford berjaya mengadakan rundingan dengan Kerajaan Inggeris untuk meneruskan program makanan sekolah percuma untuk anak-anak dari keluarga yang kurang bernasib baik pada musim panas.
Namun, memasuki Oktober 2020, Kerajaan Britain memutuskan untuk menghentikan program ini. Ini tidak membuat Rashford menyerah kalah. Rashford disindir beberapa ahli parlimen di atas tindakannya. Walaupun beberapa minggu lalu baginda ratu Inggeris memberikan kurniaan MBE kepadanya kerana usaha murninya itu.
Lalu Rashford menggunakan kuasa media sosialnya mencari rakan seperjuangan dari kalangan pengusaha kedai makanan untuk berganding bahu dengannya bagi meneruskan program bantuan tersebut.
Kesannya sejumlah besar restoran, pengusaha restoran dan pihak berkaitan menyokong kempen Rashford, dia mengubah akaun Twitternya menjadi tempat mengemaskini maklumat terkini yang berkaitan.
Rashford berkongsi lokasi restoran yang bersedia berkongsi makanan percuma kepada mereka yang memerlukan. Jadi, sesiapa yang kelaparan boleh terus menghubungi atau mengunjungi restoran secara langsung.
Khandoker, sebuah restoran India kira-kira lima batu (lapan kilometer) dari Old Trafford, mengatakan ibu bapa boleh menghantar pesanan langsung di Twitter. Oleh itu, mereka dapat mengetahui siapa yang memerlukan pertolongan.
“Kami tidak mahu ada anak yang tidur lapar di Manchester.”
“Mengundi untuk makanan sekolah percuma untuk kanak-kanak miskin tidak berperikemanusiaan.”
“Sekiranya ada ibu bapa yang menghadapi masalah memberi makan anak-anak mereka, jangan malu. DM kami, kami akan dengan senang hati menyajikan makanan panas, “tulis restoran di Twitter.
Rashford pernah mengatakan bahawa dia sangat prihatin dengan perkara ini.
Kerana keluarganya bergantung pada makanan sekolah dan bank makanan percuma semasa dia dibesarkan di kawasan Manchester.
Jadi sekarang Rashford mahu melakukan perkara yang sama untuk orang yang memerlukan. Farm Fresh UK di Nottingham mengatakan bahawa ia akan menyediakan makan siang pada waktu rehat yang terdiri daripada tongkol keju atau roti sosej vegan dan sekotak jus epal atau oren.
Minikin Paint a Pot Art Cafe di Manchester mengatakan akan menawarkan kentang panggang panas dengan kacang, buah, makanan ringan dan minuman untuk anak-anak yang memerlukan minggu depan.
Beberapa kerajaan tempatan juga memberikan sokongan. Hammersmith dan Fulham Council di London mengatakan mereka akan memberikan baucar pada waktu rehat untuk memastikan 5,000 pelajar sekolah rendah dan menengah tidak lapar. Ini juga termasuk menyediakan sarapan untuk anak-anak 600 setiap pagi.
Rashford pertahankan imej tercemar
Namun oleh kerana niat jahat sebuah akhbar, Rashford seolah olah digambarkan mengambil kesempatan di atas tabung dan dana bantuan yang diterima menerusi kempennya.
Lalu pemain Man United itu tampil mempertahankan dirinya.
“Ok, biar saya jelaskan perkara ini. Saya berusia 23 tahun. Saya datang daripada ‘kecil’.”
“Saya perlu melindungi – bukan hanya masa depan saya, tetapi masa depan keluarga saya juga.”
“Untuk melakukan itu, saya membuat keputusan, bermula awal 2020, saya mulai melabur lebih banyak di dalam bidang hartanah.”
“Jangan tulis berita seolah olah ini berkaitan dengan berkempen [untuk kebajikan].”
Ok, so let’s address this. I’m 23. I came from little. I need to protect not just my future but my family’s too. To do that I made a decision at the beg of 2020 to start investing more in property. Please don’t run stories like this alongside refs to ‘campaigning’. pic.twitter.com/coqla2i19d
— Marcus Rashford MBE (@MarcusRashford) November 15, 2020
Orang buat benda baik pun kena serang dengan media di England. Tidak hairanlah ramai yang melabel media Inggeris ni memang suka membunuh karakter.