Digantung Kerana Ponteng Latihan Demi Bercuti Bersama Keluarga, Messi Dan PSG Dah Berakhir

Beberapa jam selepas Messi disahkan dikenakan penggantungan 2 minggu oleh PSG kerana pergi ke Arab Saudi tanpa kebenaran kelab, ianya dikatakan pengakhiran kepada karier Messi di PSG.

Messi sebelum ini memang sudah mahu pergi selepas kontrak dia berakhir akhir musim ini. Namun rundingan dengan PSG berjalan lagi beberapa minggu lalu.

Messi sebenarnya tidak gembira dengan apa yang dia lalui di PSG. Daripada layanan penyokong sehinggalah ke sistem pengurusan kelab itu.

Lionel Messi buat hal selepas PSG kalah di tangan Lorient. Di mana dia membawa keluarganya bercuti ke Arab Saudi dan tidak hadir ke sesi latihan.

PSG kecewa dengan sikap Messi. Dan kelab itu menganggap itu adalah penamat segalanya. Dan Messi pula tiada masalah langsung meninggalkan kelab itu.

Sebelum ini wakil Messi, Jorge Messi sudah memberitahu PSG bahawa pemain itu mahu angkat kaki.

Namun PSG tidak berputus asa untuk terus memujuk Messi kekal. Itulah yang membuatkan berlaku rundingan terbaru yang sebenarnya tidak begitu positif antara kedua dua pihak.

Ke mana destinasi Messi?

Barcelona adalah kelab yang sangat berminat mendapatkan Messi. Hubungan keluarga Messi dengan Joan Laporta dilaporkan sudah pulih. Dan pemain itu berminat untuk kembali.

Namun halangan Barcelona adalah FFP.

Pilihan lain Messi adalah kerjaya di MLS dan juga Liga Pro Saudi.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai